Ada banyak manfaat sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi yang baru lahir bagi perkembangan si kecil selepas dilahirkan ke dunia. Di masa inilah ibu harus memanfaatkan masa emas untuk bersama si kecil itu dan melakukan banyak kontak dengannya berbanding orang lain.
Sentuhan kulit ke kulit yang boleh dilakukan seperti menggendong atau mendakap bayi sehingga kulitnya bersentuhan dengan kulit ibu.

Ini kerana kehangatan kulit ibu adalah hal pertama yang bayi rasakan selepas lahir dan si kecil paling suka bersandar di tubuh ibunya terutama di bahagian perut atau dada ibu.
Bahkan, bayi boleh mencium bau ibunya dan merasakan detak jantung dan nafas ibunya. Dari situlah bayi akan mendapat manfaat untuk merasakan aman dan nyaman.
Setelah bertahun, peneliti menemui manfaat skin to skin antara ibu dan bayi kerana ia mampu memperkuatkan perkembangan kongnitif anak.
Berikut adalah beberapa manfaat yang boleh diperolehi :
Manfaat sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
#1. Meningkatkan paru-paru dan jantung

Bayi akan memiliki jantung dan nafas yang lebih normal serta lebih stabil. Manfaat ini juga terbukti pada bayi pramatang mahupun tak cukup umur.
#2. Suhu tubuh lebih stabil

Semasa mengandung, ibu menjaga suhu tubuh janin daripada berpanas atau menggigil kesejukan. Selepas lahir, bayi belum pandai melakukan kemampuan itu dengan sendiri, sebab itu dia memerlukan pelukan ibu untuk merasai suhu tubuh yang normal.
Penelitan menemui, antara kehangatan yang bagus untuk bayi adalah sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi.
#3. Membantu dalam penyusuan susu badan

Setiap bayi yang diletakkan di atas perut ibu mampu memiliki kemampuan untuk menemukan payudara ibu.
#4. Menghantar bakteria baik

Bayi juga boleh mendapat bakteria bayi melalui sentuhan kulit ke kulit setelah dilahirkan ibu. Bakteria di vagina dan pada kulit berbeza dengan bakteria yang ditemui di hospital, jadi paparan awal menjelaskan bayi boleh mengembangkan bakteria yang sihat dengan cara ini.
Manfaat lain juga adalah membantu si kecil untuk menyusu buat pertama kali. Beberapa gula kompleks di air susu ibu dapat dicerna bayi baru lahir sekaligus dapat memberi perlindugan dari bakteria berbahaya. Bahkan, para ahli penelitian berpendapat bakteria baik melindungi tubuh dari penyakit alergi.
#5. Meredakan rasa sakit

Manfaat skin to skin juga dikatakan boleh meredakan sakit jika dilakukan dalam masa tertentu. Perawat di inkubator menemukan meredakan sakit yang paling baik adalah sentuhan kulit yang lebih lama.
#6. Memperkuatkan komunikasi antara ibu dan bayi

Waktu setelah dilahirkan menjadi kesempatan emas untuk ibu bapa belajar perilaku bayi sama ada si kecil sedang lapar, kenyang, rasa tidak selesa dan lain-lain.
Bayi yang melakukan sentuhan kulit ini dapat membantu memastikan ibu mempelajari tanda dari bayi lebih awal, meningkatkan komunikasi dan meningkatkan rasa percaya diri pada ibu.
#7. Mengurangkan stres selepas lahir

Penelitian baru menemui sentuhan kulit ini boleh menurunkan tingkat tekanan yang dialami ibu selepas bersalin. Dengan mengendong, mencium dan menyusui bayi setelah melahirkan menstimulasikan pola harmon dalam tubuh ibu yang didorong oleh perilaku ibu.
#8. Meningkatkan ikatan antara ibu dan bayi

Biasanya perubatan tradisional selepas bayi lahir adalah memindah bayi ke ruang lain untuk dirawat dan ibu boleh beristirehat di dalam kamar. Namun begitu, metod ini sudah berubah kerana sudah mendapat banyak manfaat sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi.
Sebab itu, selepas proses kelahiran ibu dan bayi akan tinggal bersama di hospital kecuali jika beberapa keadaaan kesihatan yang memerlukan ibu dan bayi berpisah sementara.
Apatah lagi manfaat skin to skin ini salah satunya memungkinkan semua panca indera dalam memelihara hubungan penting ini.
Semoga Bermanfaat
Comments