Keadaan janin dalam kandungan sukar untuk dipastikan sama ada berkembang dengan baik atau sebaliknya. Namun, ibu sebenarnya boleh mengesan tanda janin tidak berkembang secara langsung dari dalam kandungan.
Bagaimana ingin mengesannya? Teruskan bacaan anda. Berikut merupakan 7 tanda janin tidak berkembang yang boleh dikenalpasti dengan mudah.
7 tanda janin tidak berkembang
1- Tanda janin tidak berkembang – Tiada degupan jantung
Biasanya, degupan jantung bayi boleh didengari dari minggu ke-10 kehamilan. Namun, jika tiada degupan jantung, ini anda harus berunding dengan doktor pakar O & G segera bagi memastikan janin dalam keadaan baik.
2- Tanda janin tidak berkembang – Selalu kejang perut
Kejang perut adalah keadaan biasa yang selalu terjadi semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, jika ia berlangsung terlalu lama atau kerap, ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan janin dalam kandungan.
Kejang perut boleh berlaku pada trimester kedua atau ketiga yang mungkin menunjukkan tanda kontraksi awal, penyakit atau keguguran.
3- Tanda janin tidak berkembang – Pendarahan
Pendarahan semasa mengandung merupakan salah satu petanda buruk yang mungkin menunjukkan keguguran.
Namun, kadang kala ia disebabkan ketidakseimbangan hormon atau ada masalah yang berkaitan dengan plasenta hingga menyebabkan kelahiran pramatang.
4- Tanda janin tidak berkembang – Sakit belakang yang teruk
Setiap ibu hamil akan selalu mengalami sakit belakang, tapi jika ia tidak dikawal dengan baik, ia boleh menyebabkan masalah buah pinggang atau pundi kencing!
5- Tanda janin tidak berkembang – keputihan melampau
Jika keputihan tidak mempunyai bau dan warna, ia tidak mendatangkan sebarang masalah. Tapi jika bercampur darah, ini bermakna tanda bayi mempunyai masalah tertentu.
Sekiranya anda mengalami kesakitan teruk, mungkin ia menunjukkan pintu servik telah buka terlebih awal daripada tarikh yang sepatutnya. Jika ini terjadi, sebaiknya segera ke hospital!
6. Tanda janin tidak berkembang – Ukuran besar rahim
Ini merupakan masalah di mana bayi tidak berkembang dalam rahim dan pemeriksaan akan dilakukan sama ada bayi berada dalam saiz yang sepatutnya atau tidak.
Jika terlalu kecil, mungkin bayi anda itu akan menghadapi masalah pernafasan, suhu badan atau tekanan darah selepas dilahirkan.
7. Tanda janin tidak berkembang – Tiada pergerakan
Sekitar 20 minggu kehamilan, sepatutnya anda sudah rasai tendangan dan pergerakan janin. Tapi, jika bayi tidak menendang sebanyak mungkin mengikut perkiraan yang disyorkan doktor, mungkin dia mengalami masalah.
Justeru, jika mengalami gejala ini, terus dapatkan doktor untuk rawatan selanjutnya. Sebab itu adalah sangat penting melakukan pemeriksaan berkala di hospital atau klinik kesihatan supaya dapat mencegah sesuatu yang buruk terjadi pada ibu dan kandungan.
Semoga Bermanfaat
Comments