Covid-19

CARA NAK TEST JANGKITAN COVID DALAM BADAN KITA

0

Sebenarnya banyak cara nak test jangkitan Covid dalam badan kita..

1- ANTIBODI

Gambar Hiasan

UjianĀ  mengesan kehadiran antibody terhadap Virus Covid, contoh serum antibody atau antibody test kit. Tapi kaedah ini tidak popular kerana ia tidak tepat, lambat untuk mengenalpasti kerana bergantung kepada system imunisasi badan kita, berapa cepat badan kita menghasilkan antibody, dan antibody itu pula akan kekal dalam badan untuk beberapa bulan, jadi kehadiran antibody tersebut tidak dapat member gambaran jelas, bila jangkitan itu berlaku.

2- ANTIGEN

a. Rapid test Kit, adalah satu ujian untuk mengesan kehadiran antigen virus Covid 19. Ia adalah lebih berkesan dari ujian antibody kerana ia mengesan virus itu sendiri. Sekiranya virus itu ada dalam badan kita, antigen yang terdapat pada virus tersebut boleh dikesan menggunakan ujian rapi test kit (RTK) ini. Tetapi ujian ini agak sukar dilakukan kerana ia memerlukan pengambilan sample dari hidung atau tekak.

b. Saliva antigen test. Ini adalah teknologi yang baru diperkenalkan. Ia menggunakan kaedah yang sama iaitu mengesan kehadiran antigen yang spesifik pada virus Covid 19, tetapi ia lebih mudah dilakukan dengan hanya menggunakan sampel air liur.

Namun oleh kerana ia memerlukan kaedah atau cara pengumpulan sampel air liur yang agak rumit, dan tidak semua orang boleh melakukannya dengan baik, terdapat risiko berlakunya false negative. False negative adalah dimana, seorang pesakit yang menghidap Covid 19, tetapi ujian menunjukkan dia adalah negative. Ini berlaku kerana sampel air liur yang diambil dengan kaedah yang tidak betul, jadi virus itu tidak dapat ditangkap dari sampel tersebut.

3- PCR. RTPCR atau Real Time Polymerase Chain Reaction

RTPCR atau Real Time Polymerase Chain Reaction adalah Gold Standard dalam membuat diagnosis Covid +ve. Ujian ini dapat memberikan hasil keputusan yang lebih tepat hampir 100% ketepatan berbanding RTK yang hanya kebiasaannya 95% ketepatan.


Namun ia adalah ujian makmal, dimana sampel perlu diambil dan dihantar ke makmal dan mengambil masa diantara 24-48 jam untuk mendapat keputusan. PCR juga dapat member maklumat tambahan iaitu nilai kebolehjangkitan sesorang itu masih tinggi atau rendah.

Semoga Bermanfaat

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published.

More in Covid-19

You may also like