0

Vaksin Penumococcal di Klinik Kerajaan bermula 1 Disember 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia dah umumkan bermula 1 Disember 2020. Alhamdulillah, memudahkan ibu bapa untuk memberikan perlindungan yang lebih baik untuk baby kesayangan.

Tapi, kalau dah pernah bagi vaksin Pneumococcal di klinik swasta sebelum ni macam mana ya? Boleh sambung je ke di Klinik Kesihatan? 

Kalau boleh sambung bagusla, senangkan? Takyah nak keluarkan belanja untuk dapatkan di klinik swasta. Vaksin ni bukan murah.

Ok, saya cuba terangkan sikit ya. Harap dapat membantu ibu bapa lebih faham.

Vaksin Pneumococcal untuk baby ni actually ada 2 jenis iaitu Synflorix yang cover 10 jenis kuman dan Prevenar 13 yang cover 13 jenis kuman.

Kalau tgk pada nombor tu, nampak Preveanr 13 lebih baik kan? Secara teknikalnya, ya, kerana ia memberi lebih banyak perlindungan. Namun secara keseluruhan, perbezaan itu tidak terlalu banyak, menyebabkan WHO menyarankan pengambilan vaksin Pneumococcal ini tanpa menyatakan yang mana lebih baik antara kedua-duanya.

Disebabkan Synflorix lebih kos effective, dengan kata lain, lebih murah, maka lebih memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberikan secara menyeluruh kepada semua yang layak, ini mungkin salah satu factor sahaja, bukan factor utama ya. Sebab saya bukan salah seorang dari ahli yang memilih tender vaksin ini. 

Sebelum ini, vaksin ini diberikan secara 4 dos iaitu dos pertama, kedua, ketiga dan booster.

Kini KKM mengeluarkan guideline baru iaitu hanya 3 dos pada 4 bulan, 6 bulan dan booster pada 15 bulan.

Namun, sebab ada ramai ibu bapa yang dah pernah ambil vaksin Pneumococcal sebelum ini, jadi macam mana nak sambung vaksin ini di klinik kerajaan?

Ok, bagi yang dah ambil vaksin Synflorix di klinik swasta, takde masalah, hanya sambung untuk lengkapkan 3 dos sahaja. Kalau baby dah ambil 3 dos sebelum umur 1 tahun, Cuma perlu ambil dos booster pada 15 bulan, jadi 4 dos juga sebab booster memang kena ambil selepas umur 12 bulan.

Kalau baru ambil Synflorix 2 dos iaitu pada 2 bulan dan 4 bulan, Cuma sambung pada 15 bulan. Akan jadi 3 dos juga.

Sama jugak, kalau dah ambil 2 dos pada 6 dan 8 bulan, terus sambung pada booster 15 bulan.

Ok, kalau Cuma pernah ambil sekali pada umur 8 bulan, contohnya, dah terlepas 2 dos awal ikut jadual KKM kan? Takde masalah Cuma perlu ambil 2nd dose pada 10 bulan dan booster pada 15 bulan. Just pergi je klinik kesihatan untuk ambil vaksin.

Ok, yang ambil Synflorix kita dah settle, senang je. Tapi kalau yang baby sebelum ni ambil Prevenar 13 plak, hmm.. ok yang ni agak complicated.

Ibu bapa actually ada 2 pilihan.

  1. Sambung Prevenar guna jadual baru 3 dos
  2. Stop Prevenar dan ambil Synflorix

Untuk pilihan no 1, ibu bapa kena kluarkan kos dan sambung di klinik swasta sebab Prevenar xde di klinik kesihatan. Kalau berkemampuan, boleh teruskan, senang.

Untuk ibu bapa yang nak ambil pilihan no 2, ibu bapa kena faham, vaksin ni tak boleh digunakan serentak, maksudnya, tak boleh je terus sambung dos. Kalau pernah ambil 1 dos prevenar masa umur 4 bulan, tak boleh sambung je ambil synflorix dos kedua masa 6 bulan dan ikut jadual KKM yang baru tu.

Kalau nak tukar ke Synflorix, baby kena start dengan 1st dose Synflorix balik. Kira Prevenar yang dah ambil tu xcomplete, tp completekan Synflorix 3 dos jugak.

Contoh, baby dah ambil Prevenar masa 4 bulan, tapi parent nak tukar ke Synflorix, boleh, masa 6 bulan ambil 1st dose Synflorix, 8 bulan 2nd dose Synflorix dan 15 bulan booster.

Sama jugak kalau dah ambil 2 dos Prevenar, tpnak tukar ke Synflorix, kena start dari 1st dose balik, tapi untuk baby ni, saya sangat suggest completekan je Prevenar 13, 1 dos je lg masa booster sbb skang dh ikut guideline KKM yang baru.

Em, panjang plak menulis kali ni, harap ibu bapa dapat lebih memahami tentang vaksin wajib yang baru ni.

Untuk ibu bapa yang pakai panel, boleh teruskan ambil vaksin di klinik swasta sbb ia termasuk dalam vaksin wajib, jadi panel akan cover.

Semoga bermanfaat.

Poliklinik Az-Zaara

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published.

More in Bayi

You may also like