Covid-19Vaksin

VAKSIN COVID-19 DAN IBU HAMIL

0

Dalam situasi yang tegang sekarang, kita semua hanya mengharapkan pandemik Covid-19 ini berakhir secepat mungkin agar kehidupan kembali normal walaupun normal mungkin tidak sama lagi dengan apa yang kita lalui dahulu.

Kini ibu yang sedang hamil sesuai menerima suntikan vaksinasi Covid-19 berdasarkan panduan yang dikemas kini Kementerian Kesihatan (KKM). Jadi pastinya ramai ibu hamil yang ambil peluang untuk mendapatkan perisai wabak membunuh ini selepas KKM mengeluarkan panduannya.

DALAM KEHAMILAN

Gambar sekadar hiasan

Wanita yang sedang hamil adalah disyorkan untuk divaksinasi selepas 12 minggu. Namun vaksinasi untuk ibu hamil pada bila-bila tempoh kehamilan juga tidak boleh dihalang selepas mengambil kira risiko dan manfaat kerana kumpulan ini terdedah dengan jangkitan pada hujung trimester kedua dan ketiga.

PRA KEHAMILAN

Gambar sekadar hiasan

Semua jenis vaksin Covid-19 yang tersedia adalah selamat dan tidak mempunyai kaitan dengan ketidaksuburan. Wanita digalakkan untuk menyempurnakan vaksinasi sebelum memulakan rancangan kehamilan.

IBU MENYUSU

Gambar sekadar hiasan

Semua jenis vaksin Covid-19 yang tersedia adalah selamat ketika tempoh penyusuan. Para ibu boleh mendapatkan vaksin apabila pulih sepenuhnya selepas bersalin.

Dapatkan nasihat pakar obstetrik anda jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai vaksinasi Covid-19 semasa hamil.

SEMOGA BERMANFAAT.

POLIKLINIK AZ-ZAARA

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published.

More in Covid-19

You may also like