Kenapa baby saya Jaundice?
Jaundice berpunca dari pengumpulan bilirubin berlebihan dalam darah. Dari mana datangnya bilirubin ni?
Haa, carta tu nampak macam complicated sangat kan?
Ok, biar saya simplified kan. Sel darah merah, bila pecah akan menghasilkan Heme, sterusnya diurai menjadi bilirubin. Kenapa sel darah banyak sangat pecah sampai jadi banyak sangat bilirubin ni?
Antara sebabnya ialah, G6PD Deficiency, sel darah senang pecah, kumpulan darah mak dan baby yang tak sama, ABO Incompatibility dan penyakit darah yang lain.
So apa yang berlaku kat bilirubin ni seterusnya?
Bilirubin sekarang ni dalam bentuk unconjugated, bilirubin ini memerlukan albumin, sejenis protein ringkas untuk membawa unconjugated bilirubin ke hati untuk diproses menjadi conjugated bilirubin.
Proses utama untuk menyingkirkan bilirubin berlaku di hati baby anda. Kat sini hati akan tukarkan unconjugated bilirubin kepada conjugated bilirubin yang boleh dibuang melalui najis. Proses ini yang menyebabkan najis baby jadi kuning. Sebab tu Dr and nurse akan selalu Tanya, baby berak warna apa? Kalau warna kuning, maknanya, bagus la. Banyak la bilirubin yang dah Berjaya dikeluarkan.
Apa masalah yang boleh menyebabkan hati baby kurang cekap menukarkan unconjugated bilirubin kepada conjugated bilirubin? Masalah seperti baby pra matang, penyakit hati seperti Crigler Najar Syndrome, Hypoxia dan jangkitan kuman. Sebab tu penting Dr nak periksa baby boleh minum susu dengan baik dan berat baby naik, sebab ini tanda-tanda tiada Hypoxia dan jangkitan kuman.
Kuning baby lama sangat, boleh tak saya bagi je Phototherapy kat baby saya?
Ramai parent yang Tanya Dr macam ni. Boleh ke? Sekarang ni senang, banyak je mesin lampu yang boleh disewa dan buat sendiri di rumah. Tapi awas, ia mungkin membahayakan baby anda.
Haah? Membahayakan? Tapi kan kat Hospital pun guna phototherapy jugak? Takkan la Dr kat hospital nak membahayakan baby?
Ok, jom saya terangkan.
Kenapa Dr bagi Phototherapy kat baby?
Photo therapy hanya diberikan kalau paras bilirubin baby melebihi paras tertentu. Paras ini berbeza untuk setiap baby mengikut berapa minggu kandungan baby dilahirkan, ada jangkitan kuman, factor risiko jaundice, umur selepas lahir dan lain-lain. So bukan semua baby yang jaundice perlu buat phototherapy. Paras ini dipanggil Photolevel.
So apa tujuan buat phototherapy ni?
Tujuannya hanya satu je, untuk mengelakkan baby mendapat Kernicterus iaitu bilirubin memasuki otak baby dan menyebabkan kerosakan kekal pada jaundice. Phototherapy memang akan menurunkan bilirubin tadi, tetapi baby tidak boleh bergantung kepada Phototherapy untuk menurunkan bilirubin sahaja. Dr akan memberhentikan Phototherapy sebaik paras bilirubin turun kurang dari paras photolevel.
So apa yang bahaya kalau saya senyap-senyap guna phototherapy kt rumah?
Nanti pergi check Dr pun happy tgk dah turun dah bilirubin baby saya? Haa, ini lah yang bahayanya. Sebab bila bilirubin sepatutnya turun dengan sendiri, tapi tak turun sendiri sebaliknya turun dengan phototherapy yang dibuat senyap2 dirumah, Dr ingat baby dah sihat. Tapi sebenarnya fungsi hati baby tu masih lagi tak normal, dan memerlukan pemeriksaan lanjut. Jadi blood test untuk darah dan fungsi hati tak buat, urine test tak buat, dan lain-lain pemeriksaan seperti ultrasound tak buat. Sekiranya baby ada masalah, rawatan akan lambat diberikan sebab Dr ingat baby dah sihat. Kan ini membahayakan baby tu sendiri?
Selain itu, penggunaan Phototherapy yang tidak betul juga boleh memudaratkan baby. Lampu dari phototherapy tu mungkin boleh menyebabkan Retinopathy, kerosakan pada retina mata. Kalau mata baby tidak ditutup dengan baik semasa proses phototherapy tu, ia mungkin menyebabkan mata baby menjadi buta. Selain itu, overheating dan dehydration juga adalah kesan sampingan yang biasa berlaku pada baby yang menjalani phototherapy. So just follow nasihat Dr, ok? Susah sikit kena selalu dating klinik/hospital, kesian baby kena cucuk banyak kali nak check jaundice, percayalah, ia berbaloi untuk kesihatan baby anda.
Macam mana nak check jaundice?
Ada beberapa cara nak check jaundice baby ni.
Cara yang biasa adalah dengan mengambil darah. Ada dua jenis darah yang boleh diambil iaitu Venous blood, diambil dari salur darah dan juga Capillary blood yang diambil (biasanya) dari tapak kaki baby.
Cara yang agak baru ialah secara transcutaneous iaitu melalui kulit. Ketepatan cara ini kadang-kadang boleh dipertikaikan dan jika perlu ujian darah perlu dilakukan untuk mengesahkan bacaan tersebut.
So ujian darah ni macam mana nak buat?
Dr akan ambil darah dari tapak kaki baby, untuk dapatkan Capillary blood. Capillary blood akan diambil dalam Capillary tube. Tube kecil ini akan dimasukkan kedalam mesin Centrifuge, mesin ini akan berpusing dengan laju. Ini akan memisahkan darah tadi kepada dua bahagian iaitu Plasma dan Red blood cell (Erythrocyte).
Bila dah dapat plasma tadi, mesin bilirubin akan membaca plasma tadi untuk mendapatkan bacaan bilirubin. So dapat la bacaan bilirubin baby anda.
Sekejap je proses nak buat ni. Cuma bergantung kepada klinik/hospital itu sendiri bagaimana dorang proses. Sama ada dorang proses terus setiap sample darah tu, atau dorang kumpul beberapa dan buat sekali untuk menjimatkan kos/masa. Tapi kalau kumpul macam tu, lama la mommies nak dapat result darah tu.
Susu Badan Penyebab Jaundice? Biar betul..
Neonatal jaundice ni banyak factor risiko. Salah satunya ialah Breastfeeding jaundice.
Kenapa breastfeeding boleh menyebabkan jaundice plak?
Ok, sebenarnya ada 2 sebab kenapa breastfeeding boleh menyebabkan jaundice.
Yang pertama adalah masa mula-mula nak start breastfeeding, susu belum banyak, kadang-kadang baby belum pandai hisap direct dari nipple, latching yang tak cukup baik dan lain-lain menyebabkan baby tak cukup minum susu. Susu yang tak cukup menyebabkan bilirubin menjadi lebih teruk.
Yang kedua adalah disebabkan oleh susu badan itu sendiri. Ini masih belum difahami secara penuh, tetapi mungkin disebabkan oleh bahan didalam susu badan itu menyebabkan fungsi hati baby sedikit terganggu.
Breastfeeding jaundice boleh berlarutan sehingga beberapa minggu atau sebulan.
Jadi apa yang patut ibu-ibu buat kalau baby menyusu badan sepenuhnya dan ada jaundice. Adakah perlu stop susu badan dan tukar kepada susu formula?
Ok, biasanya tak perlu. Ada beberapa perkara yang ibu perlu lakukan :
- Pastikan baby dapat latching dengan sempurna, kalau bagi susu direct.
- Kalau bagi dalam botol, pastikan jumlah susu cukup iaitu 2-3 ounce setiap 3 jam.
- Kalau bagi susu direct, susah nak measure berapa banyak baby minum, hanya boleh tengok dari segi kenaikan berat baby. Kalau baby naik berat, maknanya baby tu cukup minum susu.
- Kalau susu tak cukup, boleh tambah dengan susu formula. Tetapi jangan stop susu badan atau at least teruskan pam susu untuk pastikan susu terus dihasilkan. Kalau tak nanti susu stop, rugila tak dapat nak teruskan breastfeeding pada baby.
- Teruskan pemeriksaan dengan Dr. Dr akan nasihatkan sama ada perlu tukar sepenuhnya pada susu formula sementara untuk kurangkan breastfeeding jaundice.
Ingat ya, walaupun breastfeeding boleh menyebabkan jaundice pada baby, tetapi khasiat dan kebaikan susu badan tetap adalah yang terbaik dan patut diteruskan kepada baby, melainkan Dr nasihatkan sebaliknya, ok?
Comments