Dr, saya scan dah nampak kantung, kenapa Dr kata saya mengandung luar rahim?
Ibu hamil pada peringkat awal kehamilan, jika berlaku pendarahan, ada beberapa punca kenapa pendarahan boleh berlaku yang berkaitan dengan kandungan.
- Kandungan luar rahim
- Keguguran ( sama ada telah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku)
- Implantation bleeding, iaitu pendarahan sewaktu pelekatan janin pada dinding rahim yang kurang kuat akibat kekurangan hormone progesterone.
Jadi bila ibu mengandung mengalami pendarahan pada peringkat awal kehamilan, sudah semestinya Dr akan membuat imbasan ultrasound. Ada dua kaedah iaitu scan dari atas perut (transabdominal ultrasound) ni scan yang biasa ibu-ibu buat di klinik dan yang kedua adalah transvaginal scan, scan yang dilakukan dengan melalui vagina, atau biasa dipanggil scan dari bawah.
Jadi di klinik, walaupun scan dah dilakukan, dan dah nampak kantung semasa mengandung, kandungan luar rahim masih perlu dibuktikan tiada dengan ultrasound transvaginal melainkan kantung semasa scan dilakukan itu cukup syarat untuk membuktikan kantung itu adalah kantung mengandung dan ia terletak di dalam rahim. Ini kerana kantung kosong kadang-kadang bukanlah kantung mengandung, sebaliknya hanyalah Pesudosac sahaja, ini sangat berbahaya kerana jika kandungan luar rahim tidak dikesan awal, ia boleh meragut nyawa ibu.
So semasa scan transabdominal, kantung yang dilihat tu mesti nampak juga kantung telur dan janin. Lebih baik jika Nampak degupan jantung pada janin.
Jika kesemua ini dapat dilihat semasa scan dilakukan, maka kandungan luar rahim boleh dibuktikan tidak berlaku.
Namun sebab kenapa berlaku pendarahan masih tidak boleh dipastikan 100%, kemungkinan ia adalah keguguran yang akan berlaku atau implantation bleeding,
Biasanya Dr akan berikan ubat kuatkan rahim dalam situasi seperti ini.
Semoga bermanfaat, dapatkan pemeriksaan dan nasihat Dr jika anda mengalami masalah seperti di atas.
Poliklinik Az-Zaara
Comments