Dah banyak kali check dengan doktor kat klinik, tapi masih ramai yang salah.
Masa doktor guna stetoskop dengar jantung dan paru-paru tu, korang tarik nafas macam mana?
Ada yang tarik nafas dalam-dalam, pastu tahan nafas.
Ada juga yang tarik nafas pastu hembus, tarik hembus tarik hembus tarik hembus. Laju dia macam tengah lari pecut 100 meter.
Ada juga yang terus tahan nafas lepas doktor letak je stetoskop tu kat dada dia.
So mana satu yang betul ni?
Biasanya doktor akan bagitau macam mana nak tarik nafas.
Sebab kalau nak dengar degupan jantung, doktor biasanya akan suruh tarik nafas macam biasa atau tahan nafas sementara. Bila pesakit tahan nafas, doktor boleh dengar degupan jantug dengan lebih jelas tanpa dikaburi dengan bunyi nafas.
Kalau bunyi nafas tidak terlalu kuat, dengan bernafas seperti biasa pun doktor boleh dengar bunyi jantung. Cuma bila nak dengar bunyi deruan/murmur, ada beberapa teknik yang perlu dilakukan.
Ada yang kena tahan nafas, ada yang kena tarik nafas dalam-dalam dan tahan. Yang tu doktor akan terangkan lebih lanjut masa nak check. So ikut jela arahan tu ya.
Tapi kalau doktor nak dengar bunyi dalam paru-paru, doktor akan suruh tarik nafas dalam-dalam dan lepas. Jangan tahan nafas tu, nanti senyap sunyi je bunyi paru-paru tu. doktor tak boleh dengar apa-apa.
Untuk dengar bunyi nafas, doktor kena dengar bunyi udara masuk dan juga udara keluar.
Daripada bunyi tu, macam-macam masalah boleh dikesan macam bunyi rhonci atau bunyi asma, bunyi kahak di tekak (transmitted sound), bunyi saluran udara tersepit (stridor), bunyi udara kurang masuk dan lain-lain.
Dengan memeriksa bunyi-bunyi ni baru doktor boleh membuat diagnosis dengan tepat.
Selamat menarik nafas dengan betul, supaya doktor dapat membuat diagnosis dengan tepat.
Semoga bermanfaat.
Poliklinik Az-Zaara
Taman Dato Ahmad Razali Ampang
03-42663686/011-52300300
Comments