Ibu Hamil

INI SEBABNYA PENTING DETAIL SCAN MASA TRIMESTER KE-2 KANDUNGAN, IBU WAJIB AMBIL TAHU !

0

Bila bercakap tentang scan bayi, ramai ibu bapa yang teruja mahu scan kandungan bayi terutama untuk melihat wajah bayi dengan scan 3D/4D.

Hakikatnya, ramai yang tidak tahu tentang anomaly scan atau detail scan yang sangat penting bagi mengetahui perkembangan bayi, malah boleh mengesan sekiranya ada keabnormalan.

Detail scan yang juga dikenali sebagai fetal anomaly scan, dilakukan pada trimester kedua kehamilan.

Waktu paling ideal melakukan detail scan ialah antara minggu ke 18 hingga minggu ke 24 kehamilan, iaitu ketika bayi berada dalam saiz yang sesuai untuk meneliti keseluruhan kepala dan badannya.

TUJUAN MELAKUKAN DETAIL SCAN KANDUNGAN

Detail scan berupa 2D, ia kelihatan sama seperti scan biasa yang dilakukan semasa awal kandungan. Namun begitu, detail scan sebenarnya scan yang lebih terperinci yang dilakukan bagi mendapat tahu beberapa perkara seperti di bawah:

  • Memeriksa tumbesaran keseluruhan bayi
  • Memeriksa struktur, anggota dan organ bayi
  • Menentukan kedudukan uri
  • Menilai jumlah air ketumban
  • Melihat jantina bayi
  • Sekiranya anggota atau organ bayi didapati tidak sempurna atau bermasalah seperti masalah jantung, ibu akan dirujuk kepada pakar berkaitan untuk pengurusan seterusnya seperti menentukan cara rawatan dan hospital yang sesuai untuk melahirkan bayi.

DETAIL SCAN LEBIH TERPERINCI BERBANDING SCAN BIASA/SCAN 3D 4D

Ibu bapa jangan keliru pula ya. Detail scan nama sekali berbeza dengan scan kehamilan yang lain.

Pemerhatian terperinci menggunakan 2D ultrasound dilakukan oleh sonographer terlatih dan bertauliah terhadap setiap struktur berikut:

  • Kepala – Bentuk tengkorak dan stuktur otak.
  • Muka – Profil muka, soket dan kanta mata, hidung, mulut dan lelangit.
  • Jantung – Kedudukan jantung, saiz, “bilik-bilik” jantung, “dinding” jantung, injap, beberapa salur darah utama.
  • Diaphragm – Otot diantara bahagian dada dan abdomen
  • Abdomen – Perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing
  • Tulang belakang
  • Tangan dan kaki – Setiap tulang termasuk jari jemari.
  • Jantina bayi
  • Tali pusat
  • Keadaan serviks ibu
  • Kedudukan uri perlu diperhati samada normal atau uri rendah
  • Amaun amniotic fluid diukur untuk memastikan ianya mencukupi menampung tumbesaran baby sepanjang dalam rahim.

Jika anda ingin mendapatkan khidmat anomaly scan atau detail scan ini, anda boleh merujuk kepada doktor.

Kami ada menyediakan perkhidmatan detail scan, malah harga perkhidmatan ini ada discount setiap minggu. Termasuklah scan 2D growth scan, 5D dan E5D.

Semoga Bermanfaat.

Comments

Comments are closed.

More in Ibu Hamil

You may also like