Dah seminggu anak saya alami ruam ini. Ruam ni bermula di jari. Mula-mula ada gelembung air. Kecil saja dan agak gatal. Lepas tu air dalam blister ni pecah sendiri.
Lalu jari jadi kering. Ruam kulit tu merekah dan merebak ke sebahagian tapak tangan. Kadang-kadang bernanah dan berkerak.
Apa tu doktor? Kudis buta?
Bukan. Ianya Ekzema Dishidrosis.
Apa itu Ekzema Dishidrosis ?
Ekzema Dishidrosis adalah keadaan kulit di mana berlakunya ruam pada tapak tangan dan kaki yang biasanya terdapat gelembung air yang kecil dan gatal.
Apakah puncanya?
Belum dapat diketahui puncanya apa. Namun lebih separuh penghidap ekzema dishidrosis mempunyai ekzema jenis lain.
Ruam ini biasanya berlaku pada jari, dan telapak tangan. Gelembung air pula halus dan berkelompok. Dalam keadaan tertentu ianya boleh bergabung dan menjadi lebih besar.
Jika ruam tersebut kering, ianya mengelupas dan dasarnya menjadi merah dan sakit.
Ianya boleh berulang. Bagaimana saya boleh mengelaknya?
- Kurangkan stress. Ianya biasa berlaku pada yang mengalami tekanan emosi atau fizikal.
- Kurangkan pendedahan kepada logam tertentu kobalt dan nikel jika anda allergik pada logam tersebut (pekerja dalam bidang perindustrian).
Kulit sensitif, ekzema atopik dan lain-lain ekzema. Kebiasaannya pesakit yang mempunyai penyakit ini tahu trigger dan punca. Elakkan punca boleh mengurangkan risiko dishidrosis.
Bagaimana ianya dirawat?
Berjumpa dengan doktor atau doktor pakar kulit. Terdapat pelbagai ubat kulit dan allergik. Namun, ianya perlu pengawasan doktor. Adalah penting untuk anda mendapatkan rawatan yang tepat daripada awal agar rawatan yang betul dapat diberikan. Antara ubat yang boleh diberikan seperti krim kortikosteroid dan ubat anti histamine.
Rawatan lain..
Rawatan cahaya UV, pengering ruam, krim antigatal.
Rawatan di rumah..
Hidrasi dan lembab adalah kunci kepada rawatan ekzema. Tuala sejuk, krim vaselin, adalah cara mengekalkan hidrasi. Anda juga boleh cuba pelembap udara humidifier untuk pencegahan ekzema.
Ingat. Apa-apapun, rujuk doktor anda. Jangan cuba ubat / krim tradisional tanpa pengawasan doktor.
Semoga Bermanfaat dan jangan ragu-ragu untuk mengajukan sebarang pertanyaan kepada kami
Comments