Masa tak pregnant takde plak kena amik vaksin ni ye? Kenapa masa pregnant kena amik?
Sebab masa pregnant, risiko berlaku luka sangat tinggi. Bila boleh berlaku luka masa pregnant?
1- Kalau terbersalin awal, tak sempat sampai ke hospital. Luka berlaku, pendarahan berlaku, kuman Clostridium tetani yang menyebabkan tetanus boleh masuk melalui luka dan menyebabkan jangkitan.
2- Masa nak potong tali pusat. Kalau pisau/gunting yang digunakan tidak bersih dari kuman, kuman boleh masuk melalui luka tersebut dan menjangkiti ibu dan anak yang baru lahir.
3- Masa bersalin pembedahan. Masa bersalin secara pebedahan di hospital memang semua alat dah disterilekan dengan baik. Jadi risiko dapat jangkitan dari sana sangat rendah.
Namun selepas pembedahan, penjagaan luka yang tak betul, tangan yang tak dicuci dengan bersih sebelum memegang bahagian luka, tu semua punca macam mana kuman tetanus boleh masuk dalam badan melalui luka.
4- Kalau bersalin secara normal, tetapi ada luka episiotomi, penjagaan luka episiotomi tu pun penting. Penjagaan yang tak betul juga boleh menyebebkan kuman tetanus boleh masuk ke dalam badan melalui luka tersebut.
Jadi, banyak risiko yang perlu dilalui oleh ibu yang lepas bersalin. Sebab itu vaksin tetanus ini diberikan semasa ibu mengandung, sebelum bersalin. Supaya jangkitan ini dapat dielakkan.
Berbaloi kan? Mencegah lebih baik dari merawat kan?
Semoga bermanfaat.
Comments