HealthIbu HamilKesihatan

INI BERLAKU PADA TUBUH ANDA LEPAS BERSALIN DALAM TEMPOH 24 JAM, SEMINGGU & SETAHUN

0

Setiap ibu yang baru bersalin kadang-kadang tidak tahu tips kesihatan wanita yang tepat selepas melahirkan anak.

Sebab tubuh setiap orang dan pengalaman mereka adalah berbeza. Bahkan cara anda bersalin juga tidak sama seperti berapa lama kontraksi, berapa lama duduk dalam wad bersalin, melahirkan secara normal atau czer dan sebagainya.

Namun tak usah gentar lagi kerana dalam artikel ini, kami akan terangkan lebih jelas tentang tips kesihatan wanita selepas melahirkan bayi dan proses pemulihan bermula dari jam pertama, hari, minggu dan setahun selepas bersalin.

Tips kesihatan wanita selepas bersalin pada jam pertama selepas melahirkan

Sekiranya anda bersalin secara normal, doctor akan meletakkan bayi atas dada ibu untuk proses sentuhan kulit ke kulit.

Kemudian, doctor akan memeriksa dinding perineum dan vagina anda supaya ia dalam keadaan baik. Selepas itu denyutan nadi dan tekanan darah akan diperiksa juga.

Manakala kelahiran czer pula, anda mungkin menerima antibiotic bagi mengurangkan risiko jangkitan dan oxytocin bagi mengawal pendarahan. Malah tekanan darah dan nadi juga akan diperiksa dengan kerap.

Selepas 24 jam melahirkan

Perasaan anda selepas 24 jam melahirkan adalah bergantung pada faktor persalinan sama ada bersalin czer atau normal. Berikut adalah perkara yang mungkin terjadi pada anda :

#1 Pendarahan

3d illustration blood in blood vessel

Semasa melalui fasa ini, doctor atau jururawat mungkin mengesyorkan anda memakai 2 ke 3 pad selepas bersalin supaya dapat menampung darah nifas yang sedikit berat dalam satu masa.

Darah nifas ini akan berlangsung selama 4 hingga 6 minggu. Manakala pendarahan berat akan berlaku dalam tempoh 3 hingga 10 hari lepas bersalin.

#2 Kejang

Sekiranya anda menyusu, kekejangan ini mungkin berlaku lebih kerap kerana pengucupan rahim selepas melahirkan. Ini kerana semasa bayi menghisap payudara ia mencetuskan pelepasan hormone oxytocin yang menyebabkan kontraksi sekaligus membantu rahim mengecut ke saiz normal.

#3 Kesakitan

Sekiranya anda bersalin normal mungkin vagina anda membengkak dan tidak selesa dalam masa 24 jam. Ia memerlukan masa untuk sembuh.

Walau bagaimanapun anda boleh mengurangkan kesakitan itu dengan duduk di atas bantal, sejukkan luka dengan pek ais selama 20 minit, Tanya doctor sekiranya ada ubat semburan dan buat senaman kemutan.

#4 Menyusu

Payudara akan menghasilkan kolostrum iaitu cecair kuning yang melekat dengan nutrient dan antibody bagi membantu bayi membina system imun yang kuat.

#5 Penurunan berat badan

Kebanyakan wanita selepas bersalin kehilangan 6 kilogram berat termasuk berat bayi, plasenta dan cecair amniotik.

Manakala rahim, otot perut dan kulit mengambil masa sedikit untuk kembali normal/

#6 Perumahan Mood

Melahirkan anak boleh mencetuskan perubahan hormone secara tiba-tiba kerana anda akan mengalami banyak kekurangan waktu tidur. Namun, anda harus menyesuaikan diri dengan keadaan ini dan lambat laun ia akan kembali normal.

Minggu Pertama Selepas Melahirkan

Di minggu pertama selepas bersalin, mungkin anda akan berasa sangat penat namun ibu perlu dapatkan rehat yang secukupnya dan mengambil makanan yang berkhasiat sepertit buah-buahan, sayur-sayuran, roti gandum, daging, ayam dan pasta. Juga hadkan makanan manis dan berlemak.

Jika bersalin czer, pastikan pergerakan anda perlahan supaya tidak menyakitkan tempat luka pembedahan. Perlu diingatkan elak mengangkat benda berat yang amat berbahaya bagi wanita yang baru lepas bersalin.

Selepas seminggu juga payudara akan mengalami pembengkakan kerana diisi dengan susu. Jadi, pastikan anda menyusukan anak dan pam payudara mengikut jadual yang tepat. Jika ada sebarang pertanyaan dapatkan bantuan dari jururawat atau doctor.

Dari sudut kesihatan mental pula, jangan pendam perasaan letih, sedih dan sebagainya secara berseorangan diri tapi sila kongiskan ia dengan suami atau ibu anda.

Jika mengalami perubahan mood yang teruk seperti letih melampau, hilang selera makan, tidak gembira dan lain-lain anda mungkin mengalami kemurungan jadi sila berjumpa doctor untuk dapatkan nasihat.

Tahun pertama selepas melahirkan anak.

Menjelang enam minggu, darah nifas anda mungkin telah berhenti.. Kemudian doctor akan teliti kejayaan pemulihan tubuh anda seperti luka bersalin yang elok, penyusuan yang lancar, boleh menjaga bayi dengan baik dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, anda  perlu mengelak angkat barang berat kerana ia mungkin menyakitkan parut pembedahan anda jika bersalin secara czer.

Malah anda juga mungkin mengalami rambut gugur sekitar enam bulan selepas melahirkan jadi anda perlu dapatkan makanan yang bernutrisi dan banyakkan makan buah serta sayur.

Namun begitu, menjelang akhir cuti bersalin anda mungkin cemas untuk kembali bekerja dan rasa ralat untuk menghantar anak ke rumah pengasuh atau taska tapi perkara ini boleh dibincangkan dengan baik bersama suami mengenai penjagaan anak yang terbaik.

Pun begitu, pastikan pengasuh atau taska yang anda ingin hantar anak itu dalam senarai mereka yang terbaik dan berdaftar dengan kerajaan.

Comments

Comments are closed.

More in Health

You may also like