BayiHealthIbu Hamil

DETAIL SCAN BANYAK KELEBIHANNYA, SEMUA BAKAL IBU BOLEH BUAT.

0

Bagi ibu yang sedang hamil, pastinya tidak sabar untuk menanti kelahiran cahaya mata yang dikandung bukan?

Salah satu cara untuk anda tahu kondisi si manja dalam kandungan adalah dengan melakukan process scanning di hospital atau klinik berdaftar. Ada pelbagai jenis scan, detail scan bayi anda adalah salah satu yang penting.

Tapi, bilakah waktu yang sesuai untuk buat detail scan ini? Adakah anda perlu melakukan proses scanning setiap kali berjumpa dengan doktor?

Disebabkan itu anda perlu banyak membaca dan bertanya kepada doktor. Yang mana yang sepatutnya anda buat, jika ada duit lebih tidak mengapa, tetapi jika anda mahu berjimat, anda boleh simpan duit untuk detail scan. 

Detail scan bayi bantu kesan keabnormalan

#1. Dating scan 2D (hitam putih)

Bagi pemeriksaan rutin antenatal, ultrasound pertama sewaktu booking (buka buku) adalah penting kerana ia menentukan tarikh yang tepat bagi anggaran tarikh kelahiran atau estimated due date (EDD).

Ia hendaklah dilakukan seawal mungkin iaitu waktu kandungan sekitar 6 -7 minggu sehinggalah sebelum kandungan mencecah 12 minggu.

#2. Detail scan 2D

Ia berfungsi untuk melihat jika terdapat sebarang ketaknormalan pada bayi termasuk organ – organ penting seperti otak, muka, paru-paru, jantung, tulang, kaki dan tangan, abdomen dan lain-lain.

Sebarang perubahan yang disyaki seperti Down Syndrome dan sumbing juga boleh ditentukan dari detail scan.

Ia perlu bagi mereka yang berisiko seperti mengandung pada umur lebih 40 tahun, mempunyai penyakit berisiko seperti darah tinggi atau kencing manis, sejarah kecacatan pada anak atau kematian bayi dalam kandungan sebelumnya dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, ianya terbuka kepada semua ibu mengandung untuk menjalani detail scan walaupun tidak mempunyai faktor risiko seperti di atas.

#3. Scan 3D 4D atau 5D

Ia boleh dilakukan dari usia kandungan 26-32 minggu. Tentunya ibu & ayah akan lebih teruja kerana imej berwarna dalam bentuk 3D 4D atau 5D jauh lebih cantik dan kita bole hmelihat wajah bayi dengan lebih jelas lagi.

Apa yang diperiksa semasa detail scan

Apa yang diperiksa semasa scan?

#1. Bentuk dan struktur kepala bayi anda. Pada peringkat ini masalah otak yang serius, dapat dilihat.

#2. Muka bayi anda, untuk memeriksa bibir sumbing namun sumbing lelangit dalam mulut bayi adalah sukar untuk dilihat.

#3. Tulang belakang bayi anda,untuk memastikan tidak ada tulang belakang yang terkeluar dari kulit.

#4. Dinding abdomen bayi anda, memastikan ia meliputi semua organ-organ dalaman seperti perut, buah pinggang dan diafragm.

#5. Jantung bayi anda. Kedua-dua bahagian atas (atrium) dan bahagian bawah dua ruang (ventrikel) . Injap mesti boleh membuka dan menutup dengan setiap denyutan jantung. Salur darah utama yang membawa darah ke dan dari jantung bayi anda.

6. Buah pinggang bayi anda. Pastikan ada dua buah pinggang, dan air kencing mengalir bebas ke dalam pundi kencing.

Dengan memeriksa semua parameter secara detail seperti ini, kebanyakan kecacatan fizikal boleh dikesan dari awal. Namun kecacatan genetik, masalah darah dan hormon tidak dapat dikesan melaluidetail scan dan harus diingat bahawa jika detail scan adalah normal tidak bermaksud bayi itu adalah 100% sempurna.

Kelebihan detail scan kepada ibu bapa

Membolehkan mereka lebih bersedia jika bayi adalah abnormal.

Contoh senarionya adalah :

#1. Jika berniat bersalin di kampung atau hospital yang kecil, mungkin harus bersalin di Hospital Besar yang mempunyai fasiliti yang lengkap.

#2. Boleh mendapatkan nasihat dan pandangan dari kaunseling atau support group yang boleh berkongsi pengalaman supaya bakal ibu bapa lebih bersedia. Ini hanyalah contoh senario.Ia bergantung kepada apa yg doktor pakar anda cadangkan.

Anda juga boleh membuat ultrasound scan seperti 2D, 3D, 5D dan E5D di Poliklinik Az-Zaara. Jangan risau, semua doktor wanita. Mereka akan jelaskan tentang kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

Semoga Bermanfaat.

Comments

Comments are closed.

More in Bayi

You may also like