BayiKesihatan

“DAH NAK MULA BEKERJA, BAYI PULA TAKNAK MENYUSU BOTOL..” CUBA TIPS NI

0

Bila tiba masa untuk ibu kembali bekerja selepas cuti bersalin, tentu berat hati nak tinggalkan si comel kan? Bukan tu je, runsing apabila memikirkan si manja yang tak mahu minum susu menggunakan botol. Malah perlu tahu juga cara menyusu bayi dengan betul menggunakan botol susu.

Ada bayi boleh terima, ada bayi yang menolak bulat-bulat penggunaan botol. Jadi tak keruanlah si ibu nak melatihnya.

Jangan risau ya ibu-ibu semua setiap masalah ada penyelesaiannya. Jika anda masih ada masa beberapa minggu sebelum memulakan tugas ke pejabat, anda boleh lakukan tips berikut.

Cara menyusu bayi dengan betul menggunakan botol susu

Praktikkan cara ni dalam 2 minggu sebelum anda memulakan kerja, namun jika terlewat pun tak apa. Cuba latih bayi anda sekerap yang mungkin sehinggalah tiba waktunya. Jangan putus asa.

Nak melatih bayi menyusu menggunakan botol ini mungkin satu proses yang sukar bagi sesetengah ibu, ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun percayalah lambat laun bayi anda akan terima dengan seadanya.

#1. Mulakan dari awal

Untuk yang masih di peringkat awal, ibu bapa jangan berlengah lagi ya. Memang beri susu badan direct adalah sebaiknya, namun untuk proses melatih anak membiasakan minum dari botol bila anda bekerja nanti, langkah ini sangat penting.

Pam sedikit susu badan anda dan berikan kepada bayi sekurang-kurangnya sekali sehari. Anda boleh pilih untuk memberinya pada waktu siang atau malam.

Ini supaya bayi dapat merasa perbezaannya, dalam masa yang sama tahu ia adalah susu yang sama dan terbiasa akan perubahan ‘medium’ tersebut.

Nanti apabila anda mula bekerja dan memberi susu badan melalui botol tidaklah mereka terkejut.

#2. Beri puting dengan saluran yang kecil

Sentiasa mulakan dengan puting botol susu bersaluran kecil atau saiz ‘S’ dulu. Sebab aliran daripada susu ibu kepada mulut bayi adalah sangat halus. Hanya pada waktu ‘let down’ susu menjadi deras namun untuk seketika sahaja.

Jadi penting untuk aliran susu bayi itu serupa dengan aliran susu daripada badan ibu, aliran yang terlalu deras membuat bayi mudah tersedak dan melepaskan puting serta merta. Susah pula nak masukkan semula dalam mulutnya nanti.

#3. Sentiasa pastikan posisi penyusuan yang selesa

Ini amat penting seupaya bayi tak rasa asing menyusu dengan botol berbanding dengan menyusu badan. Letakkan bayi dalam posisi yang anda biasa menyusu badan.

Atau pastikan kepala bayi lebih tinggi dari kaki, ini dapat mengelakkan bayi tersedak. Jangan sesekali beri minum susu botol didalam buaian.

Merbahaya tau ibu-ibu, lagi pula sambil menghenjut. Penting untuk anda tahu cara menyusu bayi dengan betul.

#4. Beri susu sebelum bayi lapar

Ini amat penting untuk mengelakkan bayi kecewa dan seterusnya menolak susu botol bulat-bulat. Jangan tunggu sehingga bayi menangis.

Sentiasa beri susu botol kepada bayi ketika anda nampak ‘hint’ daripada bayi. Seperti menoleh kepalanya ke tepi, tercari-cari atau cuba menghisap apa-apa yang dekat dengan mulutnya.

#5. Pasangan perlu memberi susu kepada bayi

Jika boleh si ibu perlu elakkan dari memberi susu botol kepada bayi. Ini kerana bayi boleh tahu bila ibunya berada berdekatan, mereka boleh bau.

Jadi seeloknya ketika pasangan beri susu kepada bayi anda perlu duduk berjauhan. Jangan duduk di bilik yang sama.

Anda boleh cuba tips ini selagi ada masa, jangan berputus asa jika sudah tiba waktu anda kembali ke pejabat si kecil masih tidak mahu minum susu menggunakan botol.

Proses ini memang memakan masa, mungkin apabila anda sudah mula bekerja, bayi anda tahu mereka tidak punyai pilihan dan lambat laun terbiasa juga menggunakan botol.

Jadi jangan terlalu resah di pejabat ya. Risau hilang focus je nanti.

Comments

Comments are closed.

More in Bayi

You may also like