Ibu HamilKesihatan

BERAPA KENAIKAN BERAT BADAN YANG NORMAL SEMASA MENGANDUNG?

0

Trimester 1

  • Kebanyakan wanita tidak naik terlalu banyak berat badan, Normal bagi ibu mengandung naik lebih kurang 2kg pada trimester pertama, Bagi yang mengalami alahan (morning sickness) yang terus, berat mungkin tidak naik atau ada juga yang turun akibat tidak selera makan.

Trimester 2

  • Kenaikan diantara 1.4 hingga 1.8kg sebulan adalah normal bagi trimester kedua. Kebiasaannya waktu ini adalah waktu berat naik mendadak kerana morning sickness telah kurang dan selera bertambah.

Trimester 3

  • Pada trimster ketiga juga kenaikan berat badan sepatutnya lebih kurang sama semasa trimester ke-2 iaitu lebih kurang 2kg sebulan. namun akibat kurang bergerak kerana perut semakin membesar, ramai yang berat bertambah lebih banyak dari sepatutnya. Kawal pemakanan dan lakukan juga aktiviti fizikal yang ringan untuk mengekalkan berat badan ditahap yang normal.

Namun ini hanyalah untuk mereka yang mempunyai berat badan yang normal sebelum mengandung. Tidak boleh digunakan untuk mereka yang terlebih/kurang berat sebelum mengandung.

Berat badan yang berlebihan meningkatkan risiko kencing manis semasa mengandung dan risiko berkaitan kepada bayi.Berat badan kurang pula berisiko menyebabkan baby kecil dan risiko bersalin pra matang.

Jadi, sentiasa kekalkan berat badan ideal sepanjang mengandung.

Comments

Comments are closed.

More in Ibu Hamil

You may also like