BayiHealthKesihatan

HATI-HATI BILA PEGANG UBUN KEPALA BAYI, PEKA DENGAN 7 SITUASI BAHAYA INI

0

Tahukah anda kawasan kepala si kecil yang lembut itu dipanggil dengan nama ubun kepala bayi atau dalam bahasa saintifiknya Fontanel?

Ubun kepala adalah sangat rapuh dan lembut, maka ibu harus berhati-hati semasa menyentuhnya. Malah, area ubun-ubun iitu kadang-kadang menjadi kebimbangan sesetengah orang tua dan tiada siapa dibenarkan untuk dipegangnya.

Berikut penjelasan lengkap tentang ubun kepala bayi yang baru lahit dan cara penjagaannya.

Kenapa adanya ubun kepala bayi?

Ubun kepala bayi atau fontanel merupakan celahan lembut pada bahagian tengkorak bayi yang terbahagi dengan dua bahagian iaitu Fontanel Anterior (atas kepala) atau Fontanel Posterior (dibahagian belakang kepala).

Fontanel Posterior berukuran lebih kecil dan berbentuk segi tiga. Manakala Fontanel Anterior berukuran lebih besar. Ubun-ubun kepala ini penting supaya melancarkan proses melahirkan bayi kerana tengkorak mudah ditekan ketika menemui jalan keluar di pintu rahim.

Selain dari itu, ubun kepala juga berfungsi, memberi ruang untuk otak bayi berkembang kerana otak si kecil itu mengalami perkembangan paling besar pada satu hingga dua tahun pertama selepas dilahirkan ke dunia.

Bilakah ubun ini akan hilang?

Selepas dilahirkan, tulang bayi belum bersambung antara satu sama lain malah fontanel juga hanya dilindungi oleh membran atau selaput.

Walaupun ubun ini lembut, namun selaput yang mengelilinginya adalah sangat kuat dan rapat hindari risiko kepala atau otak dari tercedera. Biasanya, bila bayi mencapai usia tertentu, maka ubun-ubun ini akan menutup dengan sendirinya secara semula jadi.

Fontanel anterior mengambil masa kira-kira 18 bulan manakala pasterior menutupi ubun dengan lebih cepat iaitu semasa umur bayi dua atau tiga bulan.

Adakah normal ubun bayi berdenyut?

Adalah normal jika ubun bayi berdenyut dan ia seiring dengan degupan jantung bayi sebab adanya pembuluh darah yang berdenyut atas kepala si kecil. Namun setelah ubun-ubun menutup denyutan itu tidak akan dirasai lagi.

Bilakah situasi/keadaan yang membimbangkan?

Keadaan ubun kepala bayi adalah berbeza-beza antara satu sama lain, namun ada beberapa hal yang boleh diperhatikan yang mungkin menimbulkan penyakit tertentu seperti berikut :

  • Fontanel mengembung kemungkinan adanya tekanan dalam tengkorak kepala.
  • Meningitis (infeksi lapisan otak).
  • Ensafalitis / keradangan otak
  • Hidrosefalus (cairan berlebihan dalam otak)
  • Ubun-ubun cekung menjadi petanda dehidrasi atau kekurangan gizi. Contohnya jika bayi alami cirit-birit.
  • Ubun-ubun yang gagal tertutup mungkin disebabkan hidrosefalus, bayi lahir prematur atau sindrom down.
  • Ubun yang tertutup terlalu cepat pula mungkin boleh menyebabkan pembentukan kepala atau wajah yang abnormal. Juga memberi kesan kepada perkembangan otak dan kemampuan belajar anak.

Bolehkah bayi mengenakan aksesori kepala?

Tentu ramai ibu yang teruja nak pakaikan aksesori kepala kepada bayi masing-masing, namun disebabkan ubun-ubun ini hasrat itu perlu dihentikan kerana penggunaan aksesori itu dapat memberi tekanan ada area lembut tersebut.

Jika ibu tetap mahu mengenakan aksesori atas kepala bayi, cukup sekadar di bahagian dahi sahaja supaya lebih selesa dan selamat.

Adalah sangat penting untuk anda perhatikan ubun kepala anak. Jika terdapat sebarang yang mencurigakan segera berjumpa doktor.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

Comments

Comments are closed.

More in Bayi

You may also like