Kebiasaannya ibu mengandung akan mengalami masalah peluh berlebihan yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormone dalam badan.
Mungkin berpeluh lebih banyak daripada biasa semasa hamil kerana berlakunya turun naik dalam tahapĀ hormon. Walaupun ia tidak selesa, peluh dianggap normal semasa kehamilan dan boleh diatasi dengan baik.
Dalam hal ini, anda mungkin dilanda masalah peluh berlebihan sepanjang tempoh kehamilan. Peningkatan suhu badan ketika hamil sebenarnya cara untuk mengimbang suhu badan.
Bukan itu sahaja, masalah peluh ini dikatakan lebih banyak berlaku pada waktu malam berbanding siang hari.
Situasi ini dikenali sebagai peluh malam atau hiperhidrosis tidur yang biasanya dianggap sebagai salah satu gejala menopaus.
Walau bagaimanapun bagi kes wanita hamil, ia mungkin berlaku disebabkan oleh peningkatan mendadakdan penurunan hormone estrogen dan progesterone.
Punca peluh berlebihan..
Sesetengah wanita mungkin berpeluh pada saing hari manakala yang lain pada waktu malam. Beberapa orang mungkin berepluh pada kedua-dua waktu ini.
Berikut adalah punca anda berhdapan dengan masalah peluh berlebihan ketika mengandung :
#1 Peningkatan metabolism
Tubuh memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyokong janin yang semakin membesar sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kadar metabolism.
Hal ini sekaligus akan mengaktifkan kelenjar peluh anda yang menyebabkan penghasilan peluh dengan lebih banyak.
#2 Masalah hypertiroid
Sekiranya ibu hamil menghidapi penyakit hipertiroid semasa hamil, anda mungkin mengalami peluh yang berlebihan pada bila-bila masa tidak kira waktu siang mahupun malam.
Keadaan ini akan terus berlaku hinggalah tibanya waktu untuk bersalin.
#3 Kadar gula dalam darah yang rendah.
Keadaan ini dipanggil sebagai hypoglycemia semasa mengandung boleh menyebabkan anda berpleuh secara berlebihan.
#4 Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat tertentu seperti acetaminophen atau aspirin untuk mengurangkan tahap glukosa, demam, antipiretik atau anti hipertensi boleh mengakibatkan anda mengalami masalah peluh yang banyak.
#5 Meningkatkan aliran darah
Aliran darah akan mengalami peningkatan semasa mengandung yang menjadikan tubuh anda berasa lebih hangat dan meransang peluh untuk keluar.
#6 Jangkitan
Masalah kerap berpeluh juga berkait rapat dengan jangkitan kuman pada saluran kencing semasa hamil.
#7 Tahap progesterone yang tinggi
Semasa anda mengandung, tahap hormone progesterone di dalam badan akan meningkat. Hal ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap suhu badan yang membuatkan anda mudah berpeluh.
Makan makanan pedas atau meminum minuman berkafein, meletihkan tubuh anda dengan terlalu banyak aktiviti fizikal atau senaman yang sengit boleh menjadi sebab lain untuk berpeluh lebih banyak semasa kehamilan.
Dapatkan nasihat doctor jika berlarutan..
Semoga Bermanfaat
Poliklinik Az-zaara
Comments