Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Itulah pepatah sesuai bagi menggambarkan situasi yang dialami oleh pasangan suami isteri ini apabila anak kecil mereka mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala akibat terjatuh daripada baby walker.
Insiden tersebut diceritakan semula oleh seorang Pegawai Perubatan Pediatrik, menerusi satu perkongsian di Facebook, sebagai pengajaran kepada ibu bapa yang lain.
Daripada penceritaan kedua ibu bapa tersebut, walker yang dinaiki anak kecil mereka terbalik sebelum terjatuh di tangga.

“Saya tergamam bila lihat keputusan CT scan otak bayi ini. Bayi ini naik baby walker dan entah macam mana walker tu terbalik sebelum terjatuh di tangga.
“Tangga tu tak tinggi pun, tapi CT scan sahkan ada pendarahan dalam otak siap retakk tempurung kepala anak tu.
“Lidah saya kelu. Saya dan doktor lain cuma mampu merujuk bayi itu ke hospital yang lebih besar untuk dia dapat rawatan lebih baik.
“Ayahnya tersandar di dinding. Ibunya pula hanya mampu duduk di sebelah anak. Benda dah jadi. Menyesal pun tak guna, katanya.

Mengulas lebih lanjut, doktor ini mendedahkan ini merupakan antara salah satu kes kemalangan melibatkan bayi ketika mereka menggunakan “baby walker”.
Sebenarnya selain terjatuh, banyak kes bayi dikejarkan ke hospital sebab tersepit dan melecur kulit ketika menggunakan baby walker.
Di Kanada, baby walker dah diharamkan sepenuhnya. Menurut American Academy of Pediatrics, mereka tegas mengatakan baby walker tak boleh diletakkan di rumah atau pusat penjagaan kanak-kanak.
Justeru menurut doktor, sebagai mengelakkan insiden sama berulang, ibu bapa seharusnya mencipta ruang selamat buat bayi seiring dengan perkembangan mereka yang pandai duduk, menyulur, merangkak dan berdiri.

Salah satu cadangan American Academy of Pediatrics yang saya suka ialah untuk mak ayah gunakan “Play yards atau Playpens”.
Bila buat macam ni, dia takkan dapat bergerak sampai ke tangga, bawah meja atau dapur tanpa mak ayah sedar.
Sambil mak ayah buat kerja yang banyak kat rumah tu, bayi kita boleh main dengan permainan yang kita dah letak kat dalam tu. Adik beradik lain yang dah besar pun boleh tumpang main sekali.
Walaupun kita tak guna baby walker, tetap kena pantau anak kecil tu supaya sentiasa dalam keadaan selamat.
Semoga Bermanfaat dan sentiasa berhati-hati
Comments