Sekarang dah boleh test TSB untuk baby jaundice di Poliklinik Az-Zaara. Keputusan dalam 10 minit. Harga RM35 sahaja.
Simple je nak faham pasal neonatal jaundice ni. Bukan susah sangat.
Jaundice ialah bilirubin dalam badan tinggi.
Jaundice = bilirubin dihasilkan > bilirubin dikeluarkanMungkin bilirubin terhasil terlalu banyak.Mungkin badan kurang mengeluarkan bilirubin dari badan.Mungkin fungsi hati yang berfungsi menguraikan bilirubin kurang cekap.
Ok, so apa rawatan yang sesuai?
1. Rawatan mengikut punca jaundice itu. Doktor akan decide, tak perlu pening2 pasal ni.
2. Phototherapy
Letak baby kat bawah lampu warna biru. Apa tujuannya? Lampu warna biru tu ada sejenis cahaya yang akan mempercepatkan penguraian bilirubin menjadi bahan yang larut air dan mudah dikeluarkan melalui air kencing. Itu saje. Tiada fungsi lain.
Jadi disini, perlu difahami, phototherapy hanyalah separuh dari rawatan jaundice, separuh lagi adalah untuk merawat punca berlakunya jaundice.
Bila punca jaundice telah dirawat, keseimbangan bilirubin akan kembali normal.Bilirubin dihasilkan = bilirubin dikeluarkan (Normal)Bilirubin yang berlebihan tadi pula diurai oleh phototerapy dan dikeluarkan melalui air kencing.
Senang tak nak faham? Penting kena faham kerana komplikasi dari jaundice yang tidak dirawat adalah sangat teruk iaitu kecacatan kekal pada otak bayi.
Comments