Amalan berpuasa dapat membantu anak dalam kandungan supaya lebih kuat hatinya. Bacaan surah surah tertentu juga mempunyai kelebihan untuk bayi dalam kandungan.
Tapi ketahanan untuk berpuasa bergantung kepada tempoh kehamilan, faktor kesihatan wanita berkenaan sewaktu hamil, waktu berpuasa dan keadaan cuaca ketika itu. Mereka tidak dinasihatkan berpuasa pada tiga bulan pertama sekiranya mengalami gejala kehamilan serius, seperti muntah-muntah, kurang selera makan, kepenatan, pening dan pitam.
Selain berpuasa, boleh kita cuba buat berapa amalan lain seperti :
1- Melazimkan diri membaca Al-Quran
2- Melazimi baca buku ilmiah seperti Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain
3- Menjaga adab dan emosi terhadap suami
4- Makan makanan yang baik, pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal
5- Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
6- Rajin menguntumkan senyuman
7- Sering berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
8- Banyakkan berdoa kepada Allah swt
9- Rajin berpuasa sunat (digalakkan suami & isteri berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
10- Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk memudahkan proses kelahiran
11- Jangan terlalu tertekan atau stress
12- Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah swt
13- Rajin solat wajib di awal waktu dan perbanyakkan solat sunat seperti solat dhuha dan tahajjud
14- Kerap membasahi lidah dengan berzikir
15- Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu kerana ia umpama taman taman syurga
Comments