BayiHealthKesihatan

7 TANDA ANAK PERLU JUMPA DOKTOR. RAMAI PARENTS ABAIKAN.

0

Apa tanda anak perlu jumpa doctor?

Setiap penyakit pasti ada tanda-tandanya yang tersendiri, tapi bagaimana pula kalau gejala penyakit itu tidak begitu jelas?

Adakah ibu bapa akan menganggap ia sebagai tidak penting dan terus mengabaikannya?

Tahukah anda penyakit yang dapat dikesan lebih awal mempunyai peluang yang lebih baik untuk pulih dengan tepat

  1. Tahi lalat pada anak
  • Tahi lalat yang besar, semakin membesar dan mempunyai warna yang tidak normal mungkin tanda penyakit barah kulit melanoma.

Sebenarnya, tahi lalat yang berkembang pada kadar yang sama dengan kanak-kanak pula adalah perkara biasa. Tahi lalat kanak-kanak juga boleh menjadi lebih gelap atau lebih cerah secara semulajadi. Tapi tahi lalat yang berkembang (atau berubah) dengan cepat, adalah tanda yang membimbangkan.

2. Rambut gugur

Walaupun jarang berlaku, namun keguguran rambut adalah disebabkan oleh kekurangan nutrient tertentu. Antaranya termasuklah:

  • Vitamin H atau biotin, salah satu vitamin B kompleks yang membantu tubuh mengubah karbohidrat menjadi glukosa untuk tenaga badan.
  • Zink, mineral penting yang terlibat dalam pelbagai aspek metabolism sel. Ia juga menyokong pertumbuhan dan perkembangan normal semasa kehamilan, masa kanak-kanak dan remaja.
  • Dalam kes tertentu rambut boleh gugur akibat terlalu banyak vitamin A.

3. Mood dan perangai aneh

Perubahan dalam tingkah laku adalah satu tanda awal anak anda demam.

Tanda-tanda seperti kelesuan, kurang selera makan dan kerap menangis boleh menunjukkan anak dalam keadaan yang tidak selesa.

Periksa bayi anda dan pastikan ia bukan berpunca daripada masalah lain seperti lampin yang terlalu ketat.

Dapatkan nasihat doctor dengan segera jika bayi anda menangis lebih lama dari biasa atau mempunyai tanda penyakit lain..

4. Peningkatan saiz kepala

Dibawah adalah beberapa punca mengapa ubun-ubun bayi boleh berkembang:

  • Encephalitis- bengkak (keradangan) otak, yang paling kerap disebabkan oleh jangkitan
  • Hydrocephalus- Penumpukan cecair didalam tengkorak
  • Peningkatan tekanan intrakranium
  • Meningitis- Jangkitan membrane yang meliputi otak

5. Pendengaran yang berkurangan

Bawa anak jumpa doctor untuk menjalankan ujian pendengaran jika anda perasan dia mengalami masalah untuk mendengar atau tidak bertindak balas apabila anda memanggilnya.

6. Selalu dahaga

Anak yang selalu dahaga mungkin menghidap penyakit kencing manis.

Ibu bapa yang mengadu anak mereka terlalu kuat minum air selalu datang ke kliniknya ingin tahu jika anak mereka menghidap penyakit kencing manis atauapun tidak.

Biasanya ujian kesihatan akan menunjukkan keputusan yang normal. Kemudian ujian air kencing akan diarahkan.

Dari ujian ini, doctor boleh mengesahkan jika mereka menghidap penyakit kencing manis ataupun tidak.

7. Anak berdengkur

Setiap bulan apabila bayi anda membesar dan saluran udaranya semakin matang, bunyi dengkur sepatutnya semakin reda.

Tapi jika anak terus berdengkur dengan kuat, catatkan corak tidurnya. Catatkan bunyi pernafasan bayi anda yang berbeza setiap hari.

Sekiranya keadaan bayi anda tidak bertambah baik malah semakin teruk, bincang hal ini dengan doctor pakar bayi anda. Ujian khas boleh dijalankan untuk mengetahui punca masalah pernafasan anak.

Mari sama-sama kita lebih peka dan jangan mengabaikan sebarang tanda-tanda kurang jelas tentang kesihatan anak-anak kita ya.

Semoga Bermanfaat

Poliklinik Az-Zaara

Comments

Comments are closed.

More in Bayi

You may also like