Semasa mengandung, banyak pantang larang yang perlu dielakkan dan petua yang perlu dilakukan untuk memastikan kandungan sentiasa sihat.
Ini adalah 7 perkara penting yang mesti dilakukan semasa mengandung untuk memastikan kandungan sihat.
1- FOLIC ACID
Folic Acid perlu diambil 2-3 bulan sebelum merancang untuk mengandung, supaya kandungan folic acid dalam badan ibu mencukupi untuk pembentukan saraf tunjang dan otak bayi semasa awal kandungan.

2- SCAN AWAL
Apabila disahkan mengandung, buat scan awal pada 8-12 minggu untuk sahkan tarikh dijangka bersalin. Scan pada waktu ini akan mengambil ukuran CRL (crown rump length) untuk mengira usia kandungan. Waktu ini adalah waktu terbaik dan paling tepat untuk tentukan tarikh dijangka bersalin.

3- JAUHI TABIAT YANG KURANG SIHAT
Makan makanan berkhasiat dan jauhi makanan/perbuatan yang membahayakan kandungan seperti morokok/minum minuman beralkohol.

4- ANTENATAL CHECK UP
Buat antenatal checkup yang lengkap. Jangan buat ala kadar je. Jumpa doktor yang berpengalaman dalam bidang antenatal keran bukan semua doktor berpengalaman dalam penjagaan antenatal.

5- DAPATKAN IBERET FOLIC
Bila dah masuk trimester kedua, sebaiknya dapatkan supplement iron seperti Iberet Folic untuk menambah jumlah darah yang semakin diperlukan apabila kandungan semakin membesar.

6- LAKUKAN PEMERIKSAAN DARAH
Lakukan pemeriksaan darah, check gula, air kencing dan pemeriksaan tekanan darah secara berkala agar semua normal. Jika terdapat sebarang bacaan yang tidak normal, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan.

7- JAGA BERAT BADAN

Semoga bermanfaat
Comments