BayiHealthIbu Hamil

7 FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG BAYI DALAM RAHIM YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU

0

Apabila bakal menimang cahaya mata, ramai para ibu bapa yang mula membuat kajian dan membaca sebanyak mungkin info tentang bayi.

Mereka mahu bersiap sedia untuk menjaga dan membesarkan seorang insan yang bakal hadit dalam hidup mereka.

Ada seorang bapa ni, beliau telah mengumpulkan beberapa fakta menakjubkan tentang bayi yang telah dipelajarinya semasa sedang bersiap sedia menjadi seorang ayah.

Di sini, kami kongsikan dengan anda beberapa info menarik tentang bayi semasa mereka sedang berkembang dan membesar dalam rahim ibu.

1- Bayi boleh mendengar dari dalam kandungan

Ibu ayah, ketahuilah bahawa rahim adalah satu tempat yang AGAK BISING. Pada usia 16 minggu, struktur telinga bayi telah terbentuk sepenuhnya untuk mula mendengar bunyi di sekeliling.

Jadi , bayi anda sudah boleh mendengar denyutan nadi si ibu, aktiviti penghadaman dan bunyi ibunya makan.

Malah, bayi anda boleh mendengar bunyi ibunya bernafas, berjalan, bercakap, bersenam dan sebagainya.

Bayi juga boleh mengenalpasti bunyi dari rahim dan sebab itulah para ibu dan ayah digalakkan untuk mula bersembang dengan kandungan mereka.

2- Bunyi kuat boleh rosakkan pendengaran bayi dalam rahim

Wahai ibu hamil sekalian, jika anda bakal pergi ke tempat yang mempunyai bunyi yang kuat (airport, konsert atau majlis-majlis lain), pastikan anda ambil langkah berjaga-jaga.

Pakar menyatakan yang bunyi terlampau kuat yang melebihi 115dBA harus dielak oleh ibu mengandung.

Antara bunyi dengan kadar ini adalah bunyi enjin jet, tembakan pistol, kenderaan berat, chainsaw dan bunyi kuat dari konsert atau seminar.

3- Bayi boleh melihat cahaya dari luar

Antara fakta menakjubkan tentang bayi yang anda perlu tahu adalah, antara minggu ke-26 hingga 28, bayi dalam rahim sudah boleh melihat cahaya.

Contohnya, mereka boleh melihat sinaran cahaya matahari atau apabila lampu suluh dipancarkan ke arah perut ibu.

Malah ada beberapa pakar yang menyarankan untuk ibu hamil selalu keluar rumah bagi menggalakkan perkembangan mata dan penglihatan bayi.

4- Bayi berenang dalam rahim dan minum urin sendiri.

Apabila bayi dalam rahim mencecah usia 8 minggu, bayi akan mula kencing dalam karung amniotikk. Dan pada usia 20 minggu, kebanyakkan cecair dalam karung ini adalah air kencing atau urin.

Mereka akan mula minum campuran urin dan cecair amniotik ini pada usia minggu ke-10, di mana pada waktu ini, bayi sudah boleh mula menelan cecair.

5- Bayi boleh merasa makanan yang dimakan ibu.

Deria rasa bayi pula akan mula berkembang pada usia 11 minggu dan menjadi semakin matang pada usia 29 dan 29.

Rasa dari makanan ibu akan masuk ke karung amniotik, yang kemudiannya akan diminum oleh bayi.

Malah, bayi turut boleh menghidu kandungan dalam karung tersebut, jadi beberapa saintis telah membuat spekulasi bahawa bayi juga boleh menghidu makanan yang dimakan oleh ibu.

6- Apa yang dimakan ibu akan mempengaruhi minat makan bayi

Kajian ada menunjukkan bahawa jika ibu hamil mengelak dari makan sesuatu makanan sewaktu mengandung, bayi mereka juga akan cenderung untuk mengelak makan makanan tersebut apabila mereka lahir kelak.

Apa yang ibu makan akan turut mempengaruhi rasa susu badan, yang kemudiannya turut mempengaruhi minat makan bayi tersebut.

7- Bayi menangis dalam rahim

Ada satu video di Youtube yang menunjukkan reaksi bayi dalam kandungan apabila muzik diputarkan.

Selepas bunyi muzik dimainkan pada kandungan, bayi dalam rahim ini membuka mulutnya kelihatan seperti menarik nafas dan menggeletar sedikit dagunya.

Dia menunjukkan gaya atau tingkah laku menangis.

Hebat ciptaan Allah. Bayi yang disangka pasif sebenarnya sudah mampu untuk membuat pelbagai perkara ketika masih didalam rahim ibu.

Berdasarkan ilmu ini, bolehlah para ibu hamil di luar sana melakukan apa yang sewajarnya untuk mengalakkan pertumbuhan dan perkembangan bayi mereka.

Comments

Comments are closed.

More in Bayi

You may also like