Bila tengah mengandung ini, macam-macam kita akan dengar larangan dan saranan daripada orang berpengalaman. Kalau tak ikut, katanya badan akan sakit-sakit atau bayi tak sihat dan sebagainya.
Kadang-kadang rasa bimbang juga kalau terlanggar larangan mana-mana. Jadi untuk itu, ibu hamil perlu tahu 7 fakta dan mitos kehamilan ini sebelum anda percaya bulat-bulat semua kata-kata orang.

7 fakta dan mitos kehamilan yang selalu anda percaya
- Ibu mengandung tak boleh lari dari morning sickness

Semua ibu mengandung terkena ke? Sebenarnya tidak benar. Morning sickness ini dapat dihindari dengan cara kurangkan makanan berlemak, bergoreng dan makanan berunsurkan tajam.
Jadi ibu mengandung tidak akan berasa mual dan muntah di awal kehamilan. Oleh itu perbanyakkan ambil makanan seperti roti bakar atau biskut crackers yang lebih berkhasiat.
2. Check kesihatan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum hamil

Ia adalah tanggapan yang salah. Awalnya 5 tahun sebelum hamil sudah kena pergi buat check up kesihatan?
Fakta yang betul adalah sekiranya anda bercadang untuk mengandung sekurang-kurangnya lakukan pemeriksaan 6 bulan sebelum hamil.
Ini kerana, apabila anda melakukan pemeriksaan kesihatan awal sebelum hamil, anda akan mengandung dalam keadaan yang sihat dan bayi pun dilahirkan sihat.
3. Ibu mengandung perlu kurangkan aktiviti bersenam

Salah. Sekiranya ibu sihat dan cergas sepanjang kehamilan, tidak ada halangan untuk ibu melakukan senaman. Tapi ia perlu dilakukan dengan pergerakan yang perlahan dan memadai untuk berpeluh sedikit kerana ia dapat membantu menjaga kesihatan ibu dan janin yang dikandung.
Ada tips-tips senaman untuk mudah bersalin. Tapi jika ibu rasa penat, usah memaksa diri. Berehat lakukan senaman dan berehat secukupnya.
4. Praeklampsia bukan tekanan darah tinggi disebabkan hamil

Salah. Praeklampsia, atau gestational hypertension adalah tekanan darah tinggi disebabkan kehamilan.
Walaupun begitu, ibu tak perlu bimbang kerana bayi tetap dilahirkan sihat tapi ibu perlu jaga pemakanan dan lakukan pemeriksaan seperti mana yang ditetapkan oleh doktor.
5. Asid folic bukan satu-satunya vitamin yang perlu diambil sepanjang kehamilan

Salah. Apabila mengandung, badan memerlukan 400 hingga 800 mikrogram asid folic setiap hari. Jadi ibu hamil perlu mengambinya sebagai rutin.
Kalau nak tahu, asid folic merupakan kelompok vitamin B yang membantu pertumbuhan otak anak dan tulang belakang.
6. Ibu hamil perlu makan 1000 kalori setiap hari

Fakta dan mitos kehamilan yang ini adalah penyataan yang salah. Walaupun sedang berbadan dua, ibu tidak perlu makan dengan banyak. Cukup sekadar 300 kalori setiap hari.
7. Berat badan ibu akan bertambah sebanyak 11 ke 13 kg

Salah, kerana bagi setiap ibu hamil, kenaikkan berat badannya adalah berbeza-beza. Ia bergantung pada BMI ibu sebelum mengandung. Namun begitu, doktor dapat melihat tahap kesihatan ibu yang baik apabila berlakunya penambahan berat.
Jika berat menurun, berleterlah doktor. Tadah telinga je yang mampu. Sebab itu bila tengah mengandung, jangan gatal nak diet tau. Kesihatan anak dalam perut. Kalau rasa nak makan, makanlah puas-puas selagi boleh. Anak pun syok dalam perut.
Setakat itu sahaja perkongsian kita.
Semoga bermanfaat
Poliklinik Az-Zaara
Comments