BayiIbu Hamil

5 MITOS TEKA JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN YANG TERBUKTI SALAH!

0

Apabila kita melihat wanita hamil, pasti kita terus nak tanya jantina bayi kan? Jangan kata orang lain, ibu bapa sendiri pun tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi.

Ini kerana mereka terlalu teruja untuk mengetahui bayi dalam kandungan lelaki atau perempuan, sehingga orang dulu mencipta beberapa mitos jantina bayi.

Mesti anda tertanya-tanya sejauh mana kebenarannya? Pakar memberitahu beberapa mitos yang popular dan mengemukakan fakta. Mari kita lihat satu per satu.

1- Kadar degupan jantung bayi perempuan lebih laju dari bayi lelaki.

Degupan jantung kedua-dua jantina adalah dalam lingkungan 110 ke 160 per minit pada trimester ketiga.

Ini adalah pertanyaan biasa pesakit-pesakit, malangnya tiada kajian yang menunjukkan hubungan antara degupan jantung dan jantina bayi. Malah degupan jantung berubah-ubah sepanjang 9 bulan.

2- Perut tinggi lelaki, perut rendah perempuan.

Setiap badan wanita adalah unik, begitu juga dengan otot perut dan saluran masuk pelvik (bagaimana bayi sedang duduk di pelvis). Bentuk badan dan otot akan menentukan bagaimana bentuk perut apabila hamil.

Kedudukan bayi juga menentukan sama ada perut tinggi atau rendah. Kedudukan bayi berubah sepanjang kehamilan.

3- Menggantung cincin kahwin atau jarum pada rantai atau benang atas perut ibu akan menentukan jantina.

Kalau la semua ni betul.. Permainan ini memamng menyeronokkan tapi tiada data saintifik yang menyokong tuntutan ini.

4- Jika rambut di tubuh badan atau kuku tumbuh cepat semasa hamil menandakan bayi lelaki, jika lambat ia bayi perempuan.

Walaupun wanita hamil mengalami pelbagai hormon semasa hamil, pertumbuhan rambut atau kuku bukan petunjuk kepada jantina bayi. Umur lebih memberi kesan pada pertumbuhan rambut berbanding kehamilan.

Kebiasaannya, wanita mengalami keguguran rambut sebanyak 100 helai sehari. Semasa hamil, tidak kira jantina, hormon estrogen memanjangkan pertumbuhan rambut dan mengakibatkan kurang rambut gugur.

Tapi selepas beranak, anda jangan terkejut jika rambut anda gugur lebih banyak, kerana ia ingin mengembalikan kepada pertumbuhan normall semula. Anda akan mendapat rambut seperti sebelum hamil dalam masa setahun selepas beranak.

5- Jika ibu mengidam makanan masam dan masin maknanya bayi lelaki tapi jika mengidam manis ia bayi perempuan.

Pakar mengatakan yang ini adalah tidak benar dan berharap sains semudah ini. Jadi anda boleh makan apa yang anda mahukan. Kombinasi nutrisi dan psikologi yang menentukan apa yang anda mengidam.

Jadi ibu bapa semua, sabar ya. Tunggu sampai kandungan cecah 16 minggu anda boleh buat ultrasound untuk lihat jantina bayi di Poliklinik Az-Zaara.

Comments

Comments are closed.

More in Bayi

You may also like