Kesihatan

VIRUS COVID-19 DITEMUI PADA 4 BARANGAN DAPUR YANG BANYAK KUMAN DAN PERLU KERAP DICUCI..

0

Pihak berkuasa di China menemui koronavirus pada permukaan papan pemotong. Jadi, ia turut membuktikan virus itu bukan hanya boleh melekat pada telefon tetapi objek yang sering digunakan setiap hari.

Adalah sangat penting untuk kita membersihkan barang-barang kegunaan harian supaya ia tidak menjadi sarang pembiakan bakteria dan kuman.

Berikut adalah empat barangan di dapur yang anda mungkin tidak terfikir untuk bersihkan tetapi perlu dicuci bagi mengelak sebarang risiko pencemaran Covid-19 atau virus lain.

1. Ketuhar Gelombang Mikro

Menurut kajian yang dilakukan oleh jenama barangan dapur Oliver’s Kitchen, lapan daripada 10 pengguna di Britian tidak pernah membersihkan ketuhar gelombang mikro mereka secara menyeluruh.

Bagaimanapun 68 peratus ada terfikir untuk membeli yang baharu berbanding mencucinya dengan bersih.

Ketuhar gelombang mikro juga perlu dibersihkan secara menyeluruh untuk menghilangkan semua jejak SARS-CoV-2.

April lalu, kerajaan Perancis turut mengesyorkan pembersihan alatan itu secara kerap terutamanya bagi kegunaan di pejabat. Bagaimanapun, ketuhar gelombang mikro bukanlah alat untuk membunuh virus berbahaya itu.

2. Span

Berapa kerap anda menukar span pencuci pinggan? Kita sebenarnya disarankan untuk menukarnya sekali seminggu.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature pada 2017 mendapati, span boleh menyimpan 362 jenis spesis bakteria termasuklah staphylococci, e.coli dan salmonella.

Menurut laporan ini, dapur dan bilik mandi adalah tempat di dalam rumah yang paling terdedah kepada pencemaran terbesar oleh pelbagai patogen dan ia adalah gara-gara span!

3. Tuala dapur

Seperti span, tuala dapur juga perlu diganti secara berkala kerana menurut kajian yang diterbitkan pada 2018 oleh Persatuan Mikrobiologi Amerika, hampir separuh iaitu 48 peratus mengandungi bakteria.

Ini termasuklah koliform yang dikesan pada 36.7 peratus selepas sebulan digunakan, 36.7 peratus mempunyai enterokocci dan 14.3 peratus staphylococcus aureus.

Malah kajian dilakukan Oliver’s Kitchen mendapati 64 peratus penduduk Britian mengakui tidak pernah membersihkan tuala dapur dengan kerap.

Penyelesaian paling mudah: Rendam tuala dalam campuran air panas dengan cuka atau serbuk penaik sebelum cuci dalam mesin basuh.

4. Papan pemotong

Papan pemotong yang digunakan setiap hari sebenarnya mengandungi 200 kali ganda kotoran berbanding tempat duduk tandas anda. Jijik, bukan?

Sementara itu, di China, koronavirus bahkan dapat dikesan pada papan pemotong yang digunakan untuk memotong ikan salmon dalam satu kajian epidemiologi yang dilakukan pada Jun lalu.

Saintis di China menjelaskan ikan salmon tidak dapat menyebarkan Covid-19 sebaliknya kehadiran Sars-Cov-2 pada papan pemotong yang menjadi misteri.

Comments

Comments are closed.

More in Kesihatan

You may also like