HealthVaksin

VAKSIN – APAKAH YANG BERLAKU DALAM BADAN ANDA?

0

Vaksin berasal dari perkataan latin ‘Vaccinus’ yang membawa maksud ‘berkenaan dengan lembu’. Ia bermula pada tahun 1796 apabila Dr. Edward Jenner mendapati gadis pemerah susu lembu yang pernah dijangkiti cacar lembu jarang menderita akibat jangkitan cacar.

Beliau telah menjalankan penyelidikan dengan mengambil beberapa titis cecair dari jangkitan cacar lembu disuntik ke tangan seorang budak lelaki yang sihat. Setelah enam minggu budak lelaki tersebut dipanggil semula dan disuntik dengan cecair dari penyakit cacar tetapi budak lelaki tersebut sihat dan tidak dijangkiti penyakit cacar.

Hasil penemuannya telah berjaya menghapuskan penyakit cacar yang telah membunuh jutaan rakyat Eropah terutama sekali kanak-kanak. Penemuan prinsip penting immunisasi ini, telah diteruskan bagi penyakit lain yang tiada berkaitan dengan lembu seperti difteria, penyakit anjing gila dan sebagainya.

Bermula dari abad ke 17, penyelidikan tentang vaksin telah berkembang sejajar dengan teknologi terkini. Perlaksanaan program imunisasi di negara ini khususnya, adalah bertujuan untuk mencegah, mengurangkan jumlah jangkitan dan sekaligus menyingkirkan penyakit tersebut.

Pada tahun 2010 malaysia telah diiktiraf sebagai negara bebas penyakit Poliomyelitis. Penyakit yang disebabkan oleh virus polio ini akan menyerang saraf motor mengakibatkan pesakit lemah otot, lumpuh dan boleh menyebabkan kematian. Pengiktirafan ini merupakan satu kejayaan kepada program imunisasi negara.

Sumber utama program imunisasi adalah vaksin. Dari tafsiran sains ia merupakan satu produk biologikal yang digunakan untuk merangsang sistem imun seorang individu terhadap sesuatu penyakit. Produk ini dihasilkan melalui pembiakan agen penyebab penyakit di makmal.

Beberapa kajian akan dijalankan bagi mengenalpasti sifat-sifat agen tersebut terutamanya ciri yang menyebabkan sistem imun manusia lambat atau gagal melawan penyakit sehingga memberi kesan serius atau kematian. Berbekalkan maklumat ini, pelbagai jenis vaksin tercipta antaranya:

1-

Vaksin dari agen hidup yang dilemahkan (Live, attenuated virus)

Vaksin ini dihasilkan dari agen penyebabkan penyakit yang telah dilemahkan dengan teknologi makmal sehingga mengurangkan kesan penyakit berbanding infeksi semulajadi. Vaksin jenis ini merupakan yang terbaik bagi mengajar sistem imun badan mengenal agen penyakit berkaitan tetapi ia hanya sesuai digunakan bagi individu sihat. Antara vaksin yang menggunakan kaedah ini ialah measles, rubella dan demam campak (chickenpox). Walaubagaimanapun, kekurangan vaksin ini adalah seperti berikut:

  • Tidak sesuai bagi seseorang yang mempunyai tahap imuniti yang rendah seperti pesakit yang sedang menjalani kemoterapi ataupun pesakit HIV
  • Perlu sentiasa dalam keadaan sejuk untuk mengekalkan potensi vaksin
  • Kesukaran untuk penghasilan vaksin ini daripada bakteria

Contoh penghasilan vaksin :

  • Edward Jenner menggunakan cecair dari penyakit cacar lembu yang menginfeksi gadis pemerah susu sebagai penyakit cacar manusia. (1796)
  • Maurice Hilleman telah memperolehi virus beguk (mumps) yang menjangkiti anak perempuannya. Virus ini dilemahkan melalui pengkulturan bersiri didalam telur ayam berembrio. Sel tersebut kemudian dikulturkan dimakmal dan jadikan vaksin dikenali Jeryl Lynn mumps vaccine (1963)
  • Manipulasi DNA. Coleman et al.1 melakukan algorithma pengiraan untuk mereka bentuk urutan DNA. Pensintesis DNA automatik digunakan untuk menghasilkan urutan DNA dan kemudiannya ditransfect ke sel kultur virus menghasilkan virus polio yang dilemahkan.

2-

Vaksin dari agen yang dimatikan (inactivated/killed)

Vaksin ini mengandungi agen penyebab penyakit yang telah dimatikan menggunakan kaedah bahan kimia, pemanasan atau radiasi di makmal. Namun demikian kuman ini masih dalam keadaan baik dari segi struktur membran dan antigen.

Ciri ini menyebabkan sistem imun badan manusia masih boleh mengenalpasti kuman dan bertindakbalas tanpa menyebabkan penyakit. Ia lebih stabil dan tidak menyebabkan mutasi kerana kuman telah mati.

Namun kesan rangsangan vaksin ini terhadap sistem imunisasi lemah dan kadangkala memerlukan beberapa dos tambahan bagi mengekalkan tahap imunisasi.Contoh vaksin bagi penyakit polio.

3-

Vaksin dari toksin kuman yang dinyahaktif (Inactivated toxin)

Jika kuman menghasilkan sejenis toksin yang menjadi penyebabkan utama penyakit. Kaedah menyahktifkan toksin akan digunakan. Toksin akan dirawat dikenali sebagai toksoid. Ia akan bertindak merangsang sistem imun tubuh bagi agar membentuk antibodi yang spesifik melawan toksin terbabit. Contohnya vaksin bagi penyakit difteria dan tetanus.

4-

Vaksin subunit (Subunit vaccine)

Vaksin yang dihasilkan menggunakan hanya sebahagian dari microorganisma terbabit seperti antigen. Sebanyak satu hingga dua puluh antigen yang telah dikenalpasti terbaik meransang sistem imun bagi penyakit tersebut diasingkan dimakmal. Contoh vaksin bagi Hepatitis B , pertusis dan pneumoniae.

5-

Vaksin konjugat (Conjugate vaccine)

Vaksin ini dihasilkan bagi kuman penyebab penyakit yang berkebolehan menghasilkan pelindung luar membran dikenali sebagai polisakarida. Ciri ini menyebabkan sistem imun yang tidak matang (sistem imun bayi) tidak dapat mengesan kuman terbabit. Oleh itu , toxoid atau antigen telah gabungkan bersama polisakarida agar sistem imun dapat mengenalpasti dan bertindakbalas membentuk imunisasi badan. Contoh vaksin Haemophilus influenzae type B (Hib).

Sistem imun badan merupakan suatu sistem yang komplek. Ia melibatkan tindakan antara sel dan juga organ.

Melalui penggunaan vaksin, sistem imun dapat dirangsang seakan-akan jangkitan kuman secara semulajadi tetapi tidak berterusan kerana agen yang digunakan bersifat lemah, tidak aktif atau sel mati.

Tindakbalas sistem imun menyerang dan menyingkirkan agen akan berakhir dengan penghasilan Immune memory cell yang bertindak menghasilkan antibodi yang spesifik terhadap jangkitan.

Apabila individu mendapat jangkitan secara semulajadi , immune memory cell yang terhasil melalui tindakan agen vaksin akan terus menghasilkan sel antibodi yang spesifik terhadap agen.

Dengan ini, agen tidak berpeluang melakukan kerosakan kepada sel tubuh lalu terus disingkirkan. Individu yang telah divaksinasi mungkin tidak menyedari jangkitan atau mengalami tanda penyakit yang minima.

Selain itu, individu yang telah divaksinasi juga akan melangkau fasa berjangkit dimana, individu ini tidak akan menyebarkan kuman tersebut kepada individu lain dan mengelak berlakunya wabak.

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published.

More in Health

You may also like