Ibu Hamil

INI WAKTU SESUAI UNTUK SCAN KANDUNGAN BUAT KALI PERTAMA

0

Bagi yang mengandung anak nombor dua atau ketiga, mungkin sudah biasa dengan rutin scan kehamilan.

Tapi bagi ibu baru, mungkin anda tertanya-tanya bilakah sepatutnya scan kehamilan pertama kali dilakukan? Hari ini kami jawab dan terangkan segalanya untuk anda.

Jika kandungan anda berjalan lancar, imbasan ultrasound pertama boleh dilakukan sekitar 10 ke 14 minggu kehamilan.

Ada juga yang melakukan scan kehamilan atau imbasan ultrasound seawal enam minggu kehamilan. Doktor akan meminta anda berbuat demikian jika terdapat kebimbangan tertentu.

Contohnya jika ibu mengalami pendarahan ketika di awal kehamilan kerana doktor perlu merujuk pada imbasan tersebut jika anda pernah mengalami keguguran sebelumnya.

Kini dah ada klinik yang mempunyai scan kehamilan yang boleh dilakukan setiap hari. Maksudnya disini, anda boleh rujuk imbasan awal jika perlu tanpa menunggu dengan lebih lama.

Bagi kebanyakkan wanita, imbasan dating atau dating scan merupakan imbasan pertama kali mereka. Imbasan ini boleh dilakukan sekitar lapan minggu dan 14 minggu kehamilan.

Kemudian doktor akan scan setiap penjuru rahim bagi menampakkan gambaran jelas tentang tumbesaran janin pada skrin. Setelah dicetak maklumat imbasan, doktor akan meneliti imej tersebut.

Apa yang akan dilihat ialah:

  • Ukuran panjang bayi
  • Saiz kepala
  • Degupan jantung
  • Melihat jika terdapat dua degupan jantung sekiranya mengandung bayi kembar
  • Jumlah air ketuban
  • Lain-lain

Dating scan ini merupakan cara yang lebih tepat dalam menentukan ‘due date’ berbanding menghitungnya menggunakan tarikh terakhir haid. Malah scan kehamilan awal juga dapat mencegah ibu daripada sebarang risiko dan kemungkinan.

Selagi bayi anda diukur dalam saiz antara 45mm dan 84mm, anda akan ditawarkan terus melakukan pemeriksaan trimester pertama.

Ia melibatkan perkara di bawah ini :-

  • Anda perlu melakukan imbasan ultrasound melalui vagina jika berlebihan berat badan atau bayi berbaring di tempat yang janggal.
  • Ujian darah bagi melihat protein dalam darah sama ada menunjukkan ciri-ciri bayi mengalami sindrom down atau masalah kesihatan yang lain.
  • Berat badan ibu hamil akan dihitung.
  • Tekanan darah dan air kencing ibu hamil akan diteliti
  • Pemeriksaan ujian darah bagi melihat jika ibu menghidap HIV atau Thalassemia.
  • Apa yang pasti, ibu perlulah membuka buku merah dahulu di klinik.

Semoga bermanfaat. Harap semua berada dalam keadaan sihat.

Poliklinik Az-Zaara

Taman Dato Ahmad Razali Ampang, Selangor

03-42663686atau whatsapp

»» https://wa.me/6011523003

Jom join channel Telegram kami untuk mendapat info tentang kesihatan dan offer setiap minggu

»» https://t.me/poliklinikazzaara

Comments

Comments are closed.

More in Ibu Hamil

You may also like