BayiCovid-19HealthKesihatan

IBU YANG DIJANGKITI COVID-19 BOLEH MENERUSKAN PENYUSUAN SUSU BADAN.

0

Pada musim coronavirus ini, salah satu kebaikan penyusuan susu ibu adalah mustahil untuk menyebarkan coronavirus kepada bayi mereka.

Menurut pakar tersebut, ibu yang baru bersalin tetapi dijangkiti dengan covid-19 pada amnya harus meneruskan penyusuan dan tidak boleh dipisahkan dengan bayi mereka serta menekan manfaatnya berbanding risiko yang boleh berlaku.

Pihak pakar telah menyelidik dengan teliti risiko wanita yang menyebarkan covid-19 kepada bayi mereka semasa menyusu badan.

Kami tahu bahawa kanak-kanak berisiko rendah untuk dijangkiti covid-19, tetapi mereka mungkin berisiko dengan penyakit lain jika tidak diberikan penyusuan badan.

Maksudnya disini, berdasarkan bukti yang ada, pihak pakar mendapati manfaat penyusuan susu ibu melebihi risiko penularan covid-19.

Oleh demikian, pihak pakar telah membuat keputusan bahawa ibu dengan covid-19 masih boleh meneruskan penyusuan dan tidak dipisahkan dengan bayi mereka kecuali jika ibu benar-benar tidak sihat.

Pihaknya menambah, “setakat ini kami tidak mengesan virus hidup didalam susu ibu jadi risiko penularan dari ibu kepada anak belum dapat dipastikan lagi.

Kebaikan penyusuan susu ibu

Ibu tentunya paling teruja bila nak buat persiapan bagi menyambut kelahiran bayi. Malah momen ini adalah sesuatu yang menggembirakan terutama semasa penyusuan yang mana banyak kebaikan penyusuan susu ibu ini pada bayi baru lahir.

Bagi mendapatkan kebaikannya, ibu digalakkan memberi anak sepenuhnya susu badan hingga umurnya enam bulan dan meneruskannya sehingga bayi berumur 2 tahun.

Pemberian susu ibu ini bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain dari susu ibu itu sendiri.

Berikut adalah kebaikannya:

  • Susu badan mengandungi kadar nutrien yang mencukupi bagi bayi.
  • Kandungan susu ibu akan berubah selari dengan keperluan bayi yang sedang membesar itu.
  • Susu ibu mengandungi kolostrum yang mana berfungsi untuk menguatkan sistem imuniti badan anak. Malah ia turut melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronktitis dan radang paru-paru.
  • Selain daripada itu, susu ibu juga dapat mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik.
  • Lebih menarik lagi, susu ibu turut mengandungi nutrien untuk perkembangan otak anak dan meningkatkan kecerdikan anak.
  • Susu ibu tidak mudah tercemar jika dibandingkan dengan penyusuan lain seperti formula.
  • Susu badan juga memberi keselesaan dan keselematan emosi kepada bayi dan memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya serta meningkatkan hubungan kasih sayang anatara ibu dan anak tersebut.

Tips penyusuan:

  • Anda perlu memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas antenatal bersama suami.
  • Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu ibu semasa menyusu nanti.
  • Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja rumah selepas bersalin nanti supaya ibu dapat rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.
  • Lakukan sentuhan kulit ke kulit selama 1 hingga 2 jam selepas beranak. Jika bersalin di hospital, doktor atau jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu.
  • Anda akan melihat tanda-tanda bayi nak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulut dan menunjukkan aksi menghisap. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangka masa penyusuan akan lebih meningkat seterusnya mempercepatkan penghasilan susu ibu.
  • Selain itu, anda boleh menyusu mengikut kehendak di mana lebih kerap meyusu maka lebih banyak dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Oleh sebab itu, bayi boleh menyusu antara 8 hingga 12 kali sehari.

Justeru, ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila-bila masa semasa berada di hospital.

Sekaligus, bayi boleh menyusu pada bila-bila masa sahaja seterusnya meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anaknya. Ternyata dengan cara ini dapat meningkatkan penghasilan susu ibu dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

Semoga semua ibu dapat menyusukan bayi mereka sehingga umur 2 tahun.

Comments

Comments are closed.

More in Bayi

You may also like