Health

ELAKKAN TIDUR DALAM KERETA

0

Baru-baru ini kami menerima berita 4 sekawan yang berehat didalam kereta, 3 daripadanya telah meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida dan 1 lagi sedang dirawat di ICU. Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat.

Ada yang mengatakan jika ingin tidur dalam kereta, pastikan membuka tingkap sedikit, insyaAllah selamat. Disini kami ingin membetulkan tanggapan yang kurang tepat ini.

Keracunan karbon monoksida tidak memerlukan kuantiti yang banyak. Kadar yang rendah sudah cukup untuk membuatkan kita tidak sedarkan diri. Malah karbon monoksida dari luar yang mengelilingi kereta juga bahaya. Kereta kita mungkin tidak kedap udara dan bahan ini boleh meresap masuk ke dalam kereta.

Karbon monoksida terbentuk hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi. Ianya boleh dihasilkan dari pembakaran diesel/petrol kenderaan, penggunaan gas untuk alat pemanas dan semasa memasak.

Pembakaran bahan bakar didalam enjin kenderaan menghasilkan banyak gas sampingan yang dikeluarkan sebagai asap ekzos. Asap ekzos ini mengandungi gas yang merbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon dan nitrogen oksida.

  • Pastikan sistem ekzos tidak ada kebocoran
  • Servis kereta mengikut jadual di bengkel yang diiktiraf pengeluar
  • Sistem aircond berfungsi dengan baik
  • Jangan hidupkan enjin di kawasan tertutup/garaj
  • Jika tingkap dibuka pastikan tidak menghadap ekzos kenderaan/lori lain
  • Keluar sebentar dari kereta untuk melancarkan peredaran darah

Comments

Comments are closed.

More in Health

You may also like