Proses keibubapaan bukan datang dengan buku panduan. Oleh itu, ramai ibu bapa masih terkapai-kapai dan perlu menyelesaikan masalah tentang anak mereka dengan sendiri.
Kadang-kadang ibu bapa akan mendapatkan nasihat dari sumber seperti kawan, internet atau ibu bapa mereka. Akan tetapi, semua sumber ini mungkin tidak memberi maklumat yang tepat dan terkini.
Sebab itu ibu bapa akan lebih kerap berjumpa doktor. Tapi ada sesetengah perkara yang doktor harap semua ibu bapa boleh berhenti buat. Perkara-perkara tersebut tidak berfaedah kepada ibu bapa malah anak mereka juga.
1. Berhenti cakap anak demam bila dia sejuk

- Anda tidak boleh mendiagnosis demam hanya melalui sentuhan atau meletakkan bibir anda pada dahinya. Kadang-kadang bila anak demam, ibu bapa akan mudah risau. Lebih-lebih lagi jika anak tersebut masih kecil dan belum diberi suntikan vaksin. Tapi, demam adalah perkara bagus untuk anak. Ia bermaksud badan sihat sedang melawan jangkitan.
2. Berhenti diagnosis anak dari ‘kajian’ anda dapat dalam Google

- Google padat dengan pelbagai maklumat. Sebab itu ia jadi lokasi pertama semua ibu bapa pergi, apabila mereka panik melihat tanda-tanda sesuatu pada anak mereka. Tapi bila anda bawa segala ‘kajian’ yang anda baca kepada doktor, mereka akan lebih serabut. Semua diagnosis berdasarkan pemeriksaan perubatan, bukan dari internet.
3. Berhenti datang temu janji dengan doktor tanpa persediaan
- Anda mungkin dibelenggu dengan pelbagai soalan. Tapi anda lupa untuk bertanya pada doktor ketika temujanji kalian. Sebab itu, anda kini semakin keliru. Catat semua soalan yang ingin ditanya. Rekod rakaman jika anda ingin menunjukkan sesuatu yang tidak kena tentang anak anda.
4. Berhenti ke wad kecemasan untuk semua perkara

- Pergi ke wad kecemasan bila ia benar-benar diperlukan atau anda melalui kecemasan terlampau. Hal ini sebab kadang-kadang ibu bapa hanya panik atas perkara kecil. Hubungi doktor peribadi sebelum ke wad kecemasan atau pergi ke pejabat doktor pakar keesokan harinya (selepas kejadian).
5. Berhenti minta antibiotik

- Memang semua ibu bapa mahu anaknya sihat dengan cepat. Tapi antibiotik bukan jawapan untuk semua perkara. Sesetengah jangkitan balteria mungkin memerlukan antibiotik, tapi bukan penyakit seperti selesema dan batuk. Jika anak anda selesema dan batuk, cuba beri masa untuk ia sembuh sendiri atau boleh guna cara semulajadi untuk merawat.
6. Berhenti berdegil untuk beri vaksin atau minta ditangguhkan suntikan vaksin pada anak

- Vaksin terbukti mampu mencegah penyakit. Jika mana-mana ibu bapa melambatkan proses pemberian vaksin, kanak-kanak tidak akan dilindungi dalam tempoh yang panjang.
7. Berhenti guna pemutik kapas (cotton bud) untuk cuci telinga anak anda

- Pemutik kapas akan menolak taik telinga masuk lebih dalam dan susah untuk dibawa keluar. Apa yang anda perlu buat ialah masukkan sedikit air dalam telinga anak anda ketika mandi. Lembapan akan membantu taik telinga lebih lembut dan mudah dikeluarkan.
8. Berhenti salahkan anak selesema sebab tak pakai baju
- Anak selesema sebab tak pakai baju adalah satu mitos. Jadi, tak payah lagi susah-susah untuk menyalahkan anak anda. Virus selesema terjadi kerana penyebaran kuman. Kanak-kanak akan cenderung memegang semua benda. Selepas itu mereka memegang mata, hidung dan mulut mereka. Hal ini yang menyebarkan kuman
Semoga bermanfaat. Harap semua berada dalam keadaan sihat.
Jika ada kebimbangan tentang kesihatan anak atau kesihatan anda, pastikan dapat nasihat doktor dengan segera.
Comments