Siapa sangka di saat seluruh masyarakat berjaga-jaga dengan penularan wabak Covid-19 tiba-tiba negara kita telah mencatatkan peningkatan kes terbaharu hampir setiap hari.
Kematian yangs sungguh mendukacitakan ini telah tular sejak petang semalam.

Bayi 1 tahun meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19
Seorang bayi perempuan yang baru berusia 1 tahun antara empat kematian berkaitan Covid-19 telah dilaporkan.
Kes dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna, Sabah bagi mendapatkan rawatan.
“Keadaan kesihatan kes didapati semakin merosot dan memerlukan bantuan alat pernafasan. Manakala saringan Covid-19 didapati positif.”
Ini adalah kematian pertama membabitkan bayi di negara ini.
Kes kematian yang ke-138 membabitkan lelaki rakyat Malaysia berusia 60 tahun, dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan.
Saringan Covid-19 telah didapati positif, namun keadaan ke didapati merosot dan disahkan meninggal dunia.

Apa simptom yang bayi tunjuk jika dia bergejala?
Jangkitan virus Corona menunjukkan tanda yang berbeza-beza bagi setiap orang. Sesetengah pesakit Covid-19 mengalami simptom ringan seperti selesema, tetapi ada juga yang mengalami gejala teruk akibat radang paru-paru.
Simptom ini kebiasaannya muncul dalam 2-14 hari setelah terdedah kepada virus Corona. Sekiranya ia menjangkiti bayi dan kanak-kanak, gejalanya sedikit berbeza dengan orang dewasa seperti:
- Demam
- Batuk
- Susah bernafas
- Tidak mahu menyusu atau minum
- Lemah dan kurang aktif
- Cirit-birit

Cara mengelakkan si manja terkena jangkitan
Hingga kini, belum ada vaksin yang dapat merawat atau mencegah jangkitan virus Corona.
Namun ibu ayah dinasihatkan mematuhi SOP dan beberapa langkah mudah bagi mengelakkan si manja bergejala:
- Beri susu kepada si kecil. Hal ini kerana susu ibu mengandungi banyak nutrien dan antibodi yang dapat melindungi bayi dari pelbagai penyakit.
- Jauhkan bayi anda dari orang sakit, terutama yang dijangkiti virus Corona.
- Basuh tangan anda dengan sabun dan air mengalir atau pembersih tangan selama 20 saat sebelum menyentuh , memegang, menyusu atau memberi makan anak kecil anda.
- Tutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin, kemudian segera buang tisu dan basuh tangan anda.
- Gunakan topeng pelitup muka jika anda mengalami batuk atau selsema.
- Elak berkumpul di tempat yang ramai orang seperti pusat membeli-belah atau pasaraya.
- Membuat imbasan pada aplikasi Mysejahtera bagi memudahkan catatan sejarha perjalanan.

Sekiranya anda berasa tidak sedap hati melihat keadaan anak yang jatuh sakit, ibu ayah perlu segera membawa si manja mendapatkan rawatan doktor di klinik berdekatan.
Semoga bermanfaat dan sentiasa berhati-hati
Comments