Selalu tak ibu mengandung alami cramp kaki ketika tidur? Apabila bangun dari katil pula sakitnya kaki bila jejak lantai. Rasa mencucuk cucuk? Dan apabila malam pula kaki membengkak macam disengat tebuan? Itulah tanda hamil yang sihat dan normal paling ketara, ia dipanggil Edema.
Edema ni bukan saja berlaku di kaki ya, anda mesti tidak lagi muat untuk menyarung cincin perkahwinan di trimester ke tiga kehamilan bukan?
Edema iaitu bengkak pada buku lali dan tapak kaki sering terjadi dan cukup biasa dalam kehamilan kerana pada waktu ini, badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada keadaan normal.
Apabila bayi semakin membesar di dalam rahim, ia akan memberi tekanan pada saluran darah di bahagian Pelvik. Lantas menyebabkan saluran darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah terjejas. Saluran darah ini dikenali sebagai Vena Kava, ia terletak pada bahagian kanan badan.
Lantas tekanan yang dialaminya menyebabkan peredaran darah menjadi perlahan lalu darah pun terkumpul. Akibat daripada darah terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui saluran darah kecil (kapilari) dan masuk ke dalam tisu pada tapak kaki serta buku lali. Disebabkan sesetengah wanita hamil yang menyimpan lebih banyak air, maka ini menambahkan lagi bengkak kaki.
Bengkak kaki ini akan terjadi jika anda banyak berjalan, lantas pada waktu petang atau penghujung hari anda dapati kaki semakin membengkak. Dan apabila dipicit atau ditekan ia tidak akan melantun atau menganjal.
“ADAKAH EDEMA INI TANDA HAMIL NORMAL?”
Ya, boleh dikatakan 50 hingga 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalami edema ini. Dan ia biasanya terjadi pada trimester ketiga kehamilan. Ramai yang cakap bengkak kaki bila surut itu tanda nak bersalin?
Tidak juga, ia mungkin berlaku pada sesetengah wanita hamil tapi ada juga yang masih bengkak kakinya dan telah tiba waktu bersalin.
Namun sekiranya anda mengalami bengak teruk pada tangan, muka dan tapak kaki maka segeralah berjumpa doktor. Kerana bimbang pula ia adalah tanda Praeklampsia.
Comments