Bayi

5 SIMPTOM BAHAYA KETIKA BAYI DEMAM YANG TIDAK HARUS DIHIRAUKAN

0

APABILA BAYI DEMAM

Jangan panik. Demam adalah tanda sistem imun si manja sedang berlawan dengan jangkitan atau virus. Tapi jika si manja mula menunjukkan 5 simptom berbahaya ini, kita harus segera bawa mereka ke hospital. Ini simptom bayi demam yang tak boleh kita hiraukan:

1- Demam panas yang teruk

  • Suhu badan normal adalah kurang dari 37.5c. Tapi jika suhu badan si kecil telah mencecah lebih dari 38c, segera bawa si kecil ke klinik jika suhu badannya masih tidak kebah selepas empat hari atau lebih. Demam panas yang teruk akan mengakibatkan si manja cepat letih, hilang keinginan untuk menyusu, dehidrasi dan mengalami kekejangan.
Demam panas

2- Dehidrasi & tidak mahu menyusu

  • Si manja akan terbuka untuk mengalami dehidrasi ketika ini. Dehidrasi terjadi kerana muntah dan cirit-birit. Oleh itu, anda perlu memberikan susu badan atau susu formula buat mereka.
Berikan susu badan atau susu formula

3- Sawan

  • Hampir 4% daripada kanak-kanak bawah usia 5 tahun akan mengalami sawan ketika demam. Biasanya sawan disebabkan oleh kenaikan suhu badan secara mendadak.
Sawan

4- Kejang leher

  • Anda harus panik jika si manja hanya berdiri tegak dan tidak berupaya menggerakkan leher mereka ke kiri atau ke kanan. Menurut pakar, kejang leher ketika demam boleh mengakibatkan meninggitis atau keradangan tonsil malah bengkak pada nod limfa. Oleh itu, ibu bapa harus segera membawa si manja ke klinik bagi mengenalpasti punca kejang leher.
Kejang leher

5- Ruam yang merebak

  • Bukan ruam biasa tu. Simptom bahaya harus anda risau ialah demam dengan ruam yang banyak merebak. Ruam ini akan kelihatan kemerah-merahan namun tidak akan bertukar warna jika anda memicitnya. Ruam ini juga akan mengakibatkan si manja lebih mudah meragam.
Ruam

Dengan pengisian ini, saya harap ibu bapa boleh memberi lebih tumpuan pada simptom-simptom yang ditunjukkan oleh si manja berbanding hanya bergantung pada maklumat termometer.

Comments

Comments are closed.

More in Bayi

You may also like