HealthKesihatan

5 SEBAB MENGAPA TELINGA SERING BERDESING (TINITUS)

0

Telinga berdesing atau tinitus  tidak akan menjadi pencetus gangguan kesihatan yang serius. Akan tetapi, tinitus boleh mengganggu aktiviti dan produktiviti hidup kita.

Menurut audiologi, tinitus berpotensi menyebabkan gangguan tidur dan boleh merendahkan kualiti waktu rehat kita.

“Bahkan, tinnitus boleh menjadi pencetus kepada stress, kecemasan, dan tekanan,” kata beliau.

Penyebab

Tinitus biasanya terjadi kerana kerosakan pada telinga tengah atau telinga bahagian dalam. Telinga tengah bertugas untuk menangkap gelombang suara dan menyalurkan ke telinga dalam.

Sedangkan telinga bahagian dalam bertugas mengirimkan impuls elektrik ke otak. Setelah otak menerima impuls dari telinga, otak akan menterjemahkannya menjadi suara.

Selain itu, kerosakan telinga bahagian dalam boleh mengubah cara otak memproses suara. Kerusakan pada gegendang telinga atau tulang kecil di telinga tengah juga dapat mengganggu pengaliran suara.

Tumor di telinga atau saraf pendengaran juga boleh menyebabkan telinga berdesing. Telinga yang terdedah oleh suara yang sangat kuat secara teratur juga menyebabkan tinitus kepada segelintir masyarakat.

Bukan hanya itu, tinitus juga boleh terjadi oleh kerana beberapa sebab berikut:

1. Pengumpulan kotoran

Pengumpulan kotoran di bahagian luar telinga juga boleh menjadi pencetus kepada suara desingan atau tinitus.

2. Kesan ubat

Beberapa ubat dapat juga boleh mempengaruhi pendengaran atau menyebabkan suara desingan di telinga. Contoh jenis ubat yang boleh memengaruhi pendengaran antara lain, aspirin dos tinggi, antibiotik tertentu, antidepresan dan ubat kemoterapi.

Itu sebabnya, kita perlu terlebih dahulu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat tertentu.

3. Masalah gigi

Desingan pada telinga juga mungkin berhubungan dengan masalah pada rahang atau gigi. Hal ini kerap terjadi kerana otot pada rahang juga memiliki syaraf yang terhubung dengan telinga.

4. Kecederaan di kepala

Telinga berdesing juga boleh terjadi kerana masalah biomekanik di kepala, leher, atau rahang. Biasanya, keadaan ini seringkali terjadi disebabkan oleh kesan dari kecederaan di kepala.

5. Keadaan kesihatan 

Telinga berdesing juga boleh menjadi gejala dari keadaan kesihatan seseorang seperti ménière’s disease. Penyakit meniere merupakan pengumpulan cairan di telinga dalam sehingga menyebabkan tekanan. Tak hanya itu, hipertensi dan diabetes juga berpontensi untuk seseorang itu mengalami tinitus.

Comments

Comments are closed.

More in Health

You may also like