Covid-19Vaksin

2 VAKSIN YANG TIDAK MELINDUNGI ANDA DARI COVID-19, TAPI..

0

Di musim Corona ni, banyak perkara remeh yang kita perlu ambil berat. Antaranya memakai face mask dan menggunakan hand sanitiser.

Selain kita berlindung disebalik face mask atau hand sanitiser, kita juga boleh memberi perlindungan dari dalaman seperti mengambil vaksin-vaksin tertentu.-

  • Vaksin Pneumococcal
  • Vaksin Influenza

Walaupun kedua2 vaksin in tidak melindungi anda dari jangkitan Covid 19, namun kedua2 vaksin ini memberi manfaat yang sangat penting.

1. Vaksin Pneumococcal sangat penting untuk melindungi dari jangkitan kuman kedua (secondary infection) sekiranya anda dijangkiti Covid -19. Ini meningkatkan peluang untuk sembuh dari jangkitan Covid 19 dan menurunkan risiko komplikasi jangkitan paru-paru.

2. Vaksin influenza memberi perlindungan daripada jangkitan virus influenza yg simptomsnya hampir sama dgn Covid 19. Ini dapat mengurangkan risiko berlaku wabak baru yang akan menambah beban kerja frontliners. Ia juga akan menyebabkan anda perlu ke hospital dan risiko jangkitan kuman kedua akan meningkat.

Sebelum keadaan menjadi lebih teruk, kami menyarankan anda yang bergejala supaya datang ke klinik berhampiran untuk mengambil suntikan vaksin tersebut.

Sebarang pertanyaan atau kekeliruan boleh call/whatsapp kami.

Poliklinik Az-Zaara
Taman Dato Ahmad Razali Ampang
03-42663686
atau whatsapp
https://wa.me/601152300300

Comments

Comments are closed.

More in Covid-19

You may also like