Covid-19Health

WASPADA JIKA ANDA ADA ASMA

0

Jaga jaga!

Selain dari warga emas, darah tinggi, diabetes dan pesakit kanser, penghidap asma juga berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi dari jangkitan COVID-19.

Bagi kebanyakkan orang, asma adalah keadaan jangka panjang terutamanya jika ia mula terjadi apabila telah dewasa.

Asma didefinisikan sebagai penyakit kronik akibat tindak balas luar biasa sistem pernafasan terhadap pelbagai punca. Serangan asma menyebabkan saluran pernafasan didalam paru-paru bengkak sehingga menjadi sempit dan mengalami radang dari semasa ke semasa sehingga berlaku perubahan pada struktur organ.

Ada beberapa tanda boleh dikesan apabila berlaku serangan seperti gejala asma di bawah:

  • Kesukaran untuk bernafas atau semput
  • Dada terasa ketat
  • Bunyi
  • Batuk-batuk
  • Bunyi berisul apabila sedang bernafas
  • Susah bercakap
  • Muka kelihatan pucat
  • Berpeluh
  • Pernafasan yang laju

Jadi apa yang menyebabkan penyakit asma ni? Apa punca dia? Kenapa sesetengah orang boleh dapat asma walaupun orang sekelilingnya, misalnya adik beradiknya tidak pula ada penyakit asma?

Berkaitan pengalaman asma semasa mengandung

Asma disebabkan oleh keradangan tiub kecil dipanggil bronchi yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru. Bagi pesakit asma asma, bronkus akan meradang dan jadi lebih sensitif daripada biasa.

PERBEZAAN saluran udara paru-paru individu normal dan pesakit.

Apabila bersentuhan dengan sesuatu yang mengiritasi paru-paru, saluran udara akan menjadi sempit, otot-oto di sekelilingnya mengencang dan terdapat peningkatan pengeluaran lendir melekit (kahak). Faktor-faktor ini dikenali sebagai pencetus.

Antara pencetus asma termasuklah:

  • Jangkitan pernafasan dan selsema
  • Terdedah kepada asap rokok
  • Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, bulu, habuk, makanan dan lipas
  • Pencemaran udara dalaman dan luaran termasuk ozon dan pencemaran zarah
  • Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba
  • Tekanan (stress)
  • Latihan (senaman)
  • Ubat ubatan termasuk aspirin dan ubat anti radang jenis bukan steroid seperti asid mefenamic (ponstan) atau ibuprofen


Pastikan tahap asma anda terkawal. Teruskan makan ubat atau guna inhaler seperti yang disarankan doktor. Jika tidak terkawal, sila dapatkan nasihat daripada doktor.

Jangan sekali-kali beli atau dapatkan ubat tanpa preskripsi atau dos yang dicadangkan doktor, terutama untuk pesakit sedang hamil atau menyusukan anak.

Asma juga membuat kita berisiko tinggi untuk Covid-19.

Sentiasa ambil langkah pencegahan dan teruskan makan ubat dan ambil inhaler.

Nebuliser perlu dibersihkan setiap kali digunakan.


Comments

Comments are closed.

More in Covid-19

You may also like