Covid-19Health

COVID-19, CARA BERKESAN UNTUK TINGKATKAN DAYA KETAHANAN BADAN TANPA MAKAN UBAT

0

Semua rakyat Malaysia berasa cemas apabila ura-ura tentang PKP akan dilakukan semula kerana wabak COVID-19 yang semakin meningkat hari demi hari. Ini kerana kita telah rasa selesa dengan keadaan yang sebenarnya masih SERIUS tapi masih dipandang remeh.

Dalam tempoh pencarian vaksin untuk COVID-19, ramai yang telah bertanyakan soalan seperti “apakah pil vitamin yang boleh melindungi dari dijangkiti COVID-19?”

Jawapannya adalah TIADA. Tapi adalah lebih baik anda mendapatkan semua nutrien penting yang diperlukan tubuh dengan cara pengambilan diet seimbang.

Hal ini kerana ramai peniaga yang claim produk jualan mereka seperti vitamin C boleh bantu merawat gejala COVID-19. Tetapi tiada bukti yang menyokong kenyataan tersebut. Sedangkan, mengambil dos tambahan yang tinggi seperti Vitamin A dan Vitamin D sebenarnya boleh menjadi toksik.

Sementara itu Vitamin C pula, ia boleh larut dalam air dan jika mengambil secara berlebihan ia hanya keluar melalui air kencing.

“APAKAH UBAT ATAU SUPLEMEN YANG BOLEH MENGUATKAN DAYA TAHAN TUBUH SESEORANG?”

Selain ubat, ada cara yang berkesan untuk menguatkan daya tahan tubuh sekaligus melindungi diri daripada dijangkiti virus atau bakteria.

1- Dapatkan tidur dengan baik

Tidur adalah sangat baik untuk sistem daya tahan tubuh anda. Penyelidik turut menunjukkan bahawa orang yang kurang tidur berisiko untuk terkena virus.

Jadi sekiranya berasa bimbang atau cemas dengan COVID-19 ini, maka anda cenderung untuk mengalami masalah tidur seperti insomnia.

Sebaliknya jika kurang tidur, anda juga cenderung untuk menjadi cemas.

2- Bersihkan telefon bimbit

Selain membuatkan anda sukar tidur di waktu malam, telefon anda juga boleh memindahkan sebarang kuman.

Virus ini boleh menular diatas permukaan sehingga sembilan hari. Oleh itu, pastikan anda kerap membasmi portabel mudah alih dengan produk pembersih yang mengandungi 70% etanol.

3- Basuh tangan dengan kerap

Orang ramai disarankan membasuh tangan menggunakan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat setiap masa dan gosok tangan menggunakan alkohol jika sabun tidak ada. Ini adalah cara terbaik untuk melindungi diri dari COVID-19.

4- Pakai topeng muka

Jika berasa cemas, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk memakai topeng muka terutama kalau ada gejala seperti selesema, batuk dan demam.

5- Amalan diet sihat

Selain daripada itu, anda juga digalakkan mengambil makanan yang mempunyai diet rendah lemak dan berasaskan dari tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu meningkatkan sistem imun badan.

Ini kerana sistem imun bergantung kepada sel darah putih yang menghasilkan antibody untuk memerangi bakteria, virus dan penceroboh yang lain.

Ia juga memberi manfaat kepada sistem kekebalan tubuh kerana obesiti dikaitkan dengan peningkatan risiko influenza dan jangkitan lain seperti radang paru-paru.

6- Vitamin, mineral dan antioksidan

Buah-buahan dan sayur-sayuran dapat memberikan sumber Vitamin-beta seperti karoten, Vitamin C dan Vitamin E yang membantu meningkatkan fungsi imun.

Contoh sayur-sayuran yang disyorkan seperti ubi, lobak merah, kekacang, bayam, brokoli dan sayuran berdaun hijau yang lain.

Semoga Bermanfaat

Poliklinik Az-Zaara,

Taman Dato Ahmad Razali Ampang
03-42663686
atau whatsapp 01152300300

Comments

Comments are closed.

More in Covid-19

You may also like