Dalam menjalani kehidupan sehari-hari, setiap orang pasti pernah mengalami luka pada tubuh.
Pada luka ringan yang umumnya membuat goresan atau calar pada kulit, mungkin anda pernah dinasihatkan untuk membiarkan saja luka itu kering dan sembuh sendiri, tanpa dibalut dengan plaster ataupun pembalut luka.
So ia mitos atau fakta bahawa luka harus dibiarkan tanpa tutup agar cepat kering dan sembuh?
Penelitian telah menunjukkan bahawa luka yang lembap kerana ditutup justeru akan membuat prosesĀ penyembuhan lebih cepat daripada luka yang dibiarkan terdedah dan kering.
Segelintir masyarakat beranggapan bahawa luka yang terdedah dan dibiar kering akan cepat sembuh, padahal luka yang dibiarkan akan menyebabkan proses penyembuhan lebih lama berbanding jika dibalut.
Selain membantutkan proses penyembuhan luka, luka yang dibiarkan terbuka juga berpotensi dijankiti oleh bakteria, kerana bakteria atau kuman lainnya akan bebas masuk ke bahagian kulit yang terluka jika tidak ditutup menggunakan pembalut luka atau pun plaster.
Namun, sebelum anda menutup bahagian kulit yang terluka, langkah pertama sekali yang harus dilakukan adalah mencuci atau membersihkan luka itu dahulu, agar luka dapat sembuh dengan lebih cepat.
Seperti yang sedia maklum, luka pada dasarnya merupakan cedera yang mengakibatkan rosaknya lapisan pada tubuh yang umumnya terjadi pada kulit. Maka dari itu, ianya memerlukan cairan yang boleh membersihkan bakteria agar ianya tidak mengganggu kesan luka yang akan kita balut tanpa menimbulkan rasa pedih.
Dalam memilih cairan luka, pakar juga menyarankan untuk memilih yang tidak berbau atau berwarna. Sebab, pewarna pada cairan luka boleh menyebabkan lapisan kulit menjadi berwarna.
Comments